Tuesday, February 10, 2015

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2015....

10 Feb 2015 (Selasa)- SK. Pulau Meranti telah mengadakan kejohanan merentas desa peringkat sekolah. Kejohanan ini hanya melibatkan murid tahun 4, 5 dan 6 sahaja. Sementara murid tahun 1,2 dan 3 pembelajaran seperti biasa. Acara pada pagi ini dimulakan dengan sesi taklimat ringkas oleh cikgu Nordin selaku penyelaras kejohanan merentas desa. Seterusnya, murid-murid mengikuti acara memanaskan badan dengan melakukan aktiviti senaman aerobik yang dikendalikan oleh cikgu Reza Feelaqis selama 20 minit. 

Pada pukul 8.35 pagi, semua murid telah bersedia bagi acara pelepasan larian yang dimulai dengan murid perempuan dan diikuti oleh murid lelaki.Tetamu jemputan Dato. Mohammad Mahzan selaku YDP PIBG telah bertindak sebagai pelepas larian bermula.

Sepanjang larian desa, murid-murid kelihatan seronok dan ceria sambil menikmati udara nyaman di waktu pagi. Sungguhpun trek rentas desa sedikit jauh, namun semangat yang ditonjolkan oleh anak didik SKPM sangat membanggakan kerana berjaya menyelesaikan larian desa mereka. Selain itu juga, kelihatan riang gembira guru-guru yang ditugaskan menjaga check point dengan terus memberi semangat dan dorongan yang padu kepada murid-murid. Larian desa kali ini telah selesai pada pukul 9.45 pagi. Semua murid telah diarahkan untuk menimati hidangan minuman yang telah disediakan.

Sungguhpun kelihatan keletihan, namun anak didik SKPM tetap senyum gembira dengan larian mereka. Kejohanan merentas desa ini telah mendapat kerjasama dan bantuan daripada pihak polis dan pegawai perhubungan sekolah sepanjang sesi larian. Mereka telah bertugas mengawasi laluan jalanraya dan keselamatan murid-murid SKPM. Jutaan terima kasih diucapkan tanda penghargaan daripada kami warga SKPM.

Cikgu Reza mengendalikan acara senaman aerobik
Murid-murid sedang bersenam
Acara pelepasan oleh Dato Mohammad Mahzan

Pelepasan dimulai dengan murid perempuan
Ceria dan semangat anak didik SKPM
Kesungguhan murid semasa larian desa


check point

Keriangan guru-guru menyambut murid

sungguhpun keletihan murid-murid tetap bersemangat

Disediakan oleh, 
AINUL FATHIAH BINTI MUHD FAUZI

No comments: