Assalamualaikum wbt, Salam Perpaduan dan Salam Malaysia Madani.
WAKTU PERSEKOLAHAN SESI PETANG
1. Waktu sesi persekolahan.
Isnin: pukul 1.00 pm - 6.20 pm
Selasa: pukul 1.00 pm - 6.20 pm
Rabu: pukul 1.00 pm - 5.50 pm
Khamis: pukul 1.00 pm - 5.50 pm
Jumaat: pukul 2.30 pm - 5.50 pm
2. Waktu sesi persekolahan bulan RAMADHAN pula seperti ketetapan berikut :
Pukul 1.00 pm - 5.30 pm
(Isnin - Khamis)
Pukul 2.30 pm - 5.30 pm
(Jumaat)
3. Mohon jasa baik tuan / puan untuk TIDAK meletakkan kenderaan di hadapan sekolah tahfiz supaya tidak menghalang kenderaan keluar masuk murid sekolah tahfiz.
4. Terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan tuan/puan.
5. Semoga sesi persekolahan bagi sesi petang berjalan lancar dan sempurna.
Daripada :
GPK Petang
SK Pulau Meranti
Disertakan jadual pemakaian murid sepanjang Program Transisi untuk makluman semua ibu bapa dan penjaga.
Sekiranya tiada, murid DIBENARKAN memakai tshirt putih, seluar trek berwarna gelap dan kosong. Kasut sekolah dan stokin berwarna hitam. (Tudung dan anak tudung berwarna putih jika berkenaan).
Sekian. Terima kasih
**Sebarang perubahan, akan dimaklumkan kemudian dalam group whatsapp kelas anak masing-masing.
Mohon semua ibu bapa dan penjaga membekalkan alat tulis yang lengkap bagi melancarkan program yang dirancang.
'Bulat air kerana pembetung,
bulat manusia kerana muafakat'
Sekian. Terima kasih
Semua murid Tahun 1 dikehendaki membawa tanah liat yang akan digunakan dalam Program Transisi pada hari Rabu 23/3/2023.
Ibu bapa penjaga boleh membeli atau membuat sendiri tanah liat seperti di link https://rb.gy/92t8qc (Scan QR code)
Sekian. Terima kasih
Peringatan mesra ✌
Mohon semua barangan murid ditanda dengan nama dan kelas terutama beg sekolah untuk mengelakkan tertukar atau hilang.
Pastikan nombor untuk dihubungi ada dicatatkan di beg/ dompet/ dalam bekas pensil anak-anak.
(Murid digalakkan menghafal nombor telefon ibu bapa /penjaga untuk mempercepatkan urusan semasa kecemasan)
Diminta membekalkan wang kecil dan secukupnya untuk perbelanjaan waktu rehat murid. (Murid juga sangat digalakkan membawa bekal makanan dan minuman sendiri dari rumah).
Latih urus diri anak-anak menggunakan tandas duduk/cangkung tanpa membuka kain/seluar sepenuhnya untuk meningkatkan tahap kebersihan.
(Pemakaian tali pinggang yang mudah bagi murid lelaki sangat diharapkan)
* Ibu bapa dan penjaga juga dijemput untuk menonton hingga tamat bagi melancarkan lagi persiapan murid untuk sesi persekolahan baharu yang akan bermula 20 Mac 2023 (Isnin).
Sekian. Terima kasih
No comments:
Post a Comment