Wednesday, March 15, 2023

TAKLIMAT PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

  • Tarikh: 15 Mac 2023
  • Hari: Rabu
  • Masa: 8.30 pagi - 9.45 pagi
  • Tempat: Dewan Meranti SKPM

SK Pulau Meranti telah terpilih sebagai sekolah TS25 Kohort 7 pada November 2022 yang lalu. Program Transformasi Sekolah (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti tinggi agar selaras dengan keperluan semasa pendidikan di negara kita.

Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah kita dapat mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui :

Semoga SKPM akan terus cemerlang dan kami bersedia menyahut cabarat TS25.



No comments: