Unit Bimbingan Dan Kaunseling bersama Unit HEM dan Kurikulum telah berjaya melaksanakan Program Anak Bijak Lagi Cerdik serta Program Maju Diri hari pertama seperti yang dirancang.
Program ini akan dilaksanakan selama seminggu iaitu minggu pertama pembukaan sekolah
Matlamat program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang potensi diri dan keseimbangan dari aspek JERIS agar boleh menyesuaikan diri dengan suasana belajar secara positif.
Setelah tamat aktiviti ini, diharap murid dapat :
- Menanam sikap positif terhadap disiplin diri
- Membina semangat kekitaan terhadap warga Sekolah
- Mengenal potensi serta kelebihan diri sendiri
No comments:
Post a Comment