Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah telah dilaksanakan dengan jayanya. Majlis berlangsung untuk dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Penyerahan Watikah Pelantikan disampaikan oleh Puan Siti Habsah binti Ahmad, Guru Besar SK Pulau Meranti bagi sesi pagi manakala penyerahan watikah bagi sesi petang pula disampaikan oleh Encik Muhammad Fairuz Bin Abdul Aziz, Penolong Kanan Petang SK Pulau Meranti. Majlis dimulakan dengan penyerahan watikah pelantikan kepada semua pengawas pusat sumber sekolah. Setelah selesai, majlis diteruskan dengan bacaan ikrar yang diketuai oleh Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Semoga semua pengawas pusat sumber sekolah yang dilantik dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan berwibawa.
GAMBAR SESI PAGI
GAMBAR SESI PETANG
No comments:
Post a Comment