Sunday, March 20, 2022

SEKILAS TATAPAN PERSEDIAAN PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU DAN GURU PENYAYANG PERINGKAT SK PULAU MERANTI SESI 2022

                                                                 Proses Persediaan :

Program Transisi Tahun Satu

dan Guru Penyayang

Peringkat SK Pulau Meranti Sesi 2022

 

Program Transisi Tahun Satu atau PTTS 2.0 merupakan satu program yang dirangka untuk menyediakan murid menghadapi perubahan, menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri mereka di sekolah rendah. 

 

vObjektif Program :

üMembantu murid menghadapi perubahan kepada pendidikan formal di Tahun 1.

üMembantu murid menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri dalam pembelajaran seterusnya.

üMemberi penekanan dalam aspek sosioemosi, kognitif dan jasmani yang merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai.

üMembina hubungan antara murid dengan rakan sebaya dan guru.

üMembantu murid mengurus diri sendiri.

üMeningkatkan keyakinan murid dan membentuk  sikap positif dalam interaksi sosial serta pembelajaran.

 

vTempoh persediaan : 20 Januari 2022 - 20 Mac 2022

 

vTempoh pelaksanaan : 21 Mac 2022 - 15 April 2022 (4 minggu) ;

 

üFasa Penyesuaian   : 21 Mac 2022 - 1 April 2022 (2 minggu pertama)

                             : Pengisian aktiviti suai kenal, aktiviti fizikal, aktiviti rutin, aktiviti 

                              pembelajaran, perbualan awal dan rehat.

 

üFasa Kesediaan : 4 April 2022 - 15 April 2022 (2 minggu kedua)

                       : Guru memilih tema yang sesuai berdasarkan minat, latar belakang dan                           persekitaran murid.

                       : Menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk   

                        pembelajaran seterusnya mengikut tahap perkembangan murid.


       Bagi menjayakan program ini, pihak sekolah mencakupi barisan pentadbir, guru bimbingan dan kaunseling, guru-guru tahun 1 dan staff telah menggembleng tenaga dalam usaha mempersiap-siagakan fizikal sekolah demi menyambut anak-anak tahun satu sesi 2022.

Antara persiapan yang telah dilakukan adalah :

ümenyediakan pelan tindakan program,

ümenguar-uarkan supaya ibu bapa hadir membuat pengesahan pendaftaran anak-anak tahun 1 seawal Januari 2022 dalam pelbagai platform,

ümengadakan mesyuarat bersama-sama pentadbir dan guru-guru tahun 1 bagi merangka pelaksanaan Program Transisi Tahun 1 dan membincangkan skop tugasan guru,

ümenyediakan dan mengumpulkan bahan,

ümengadakan Taklimat Program Transisi Tahun 1 kepada semua guru tahun 1,

ümengadakan gotong-royong kelas dan kawasan sekolah,

ümelaksanakan Taklimat Transisi Tahun Satu dan Persediaan Masuk Anak-Anak Tahun 1 kepada ibu bapa menerusi pautan You-Tube : https://youtu.be/P10scZXHFhk 

üMelaksanakan Taklimat Penataran Pentaksiran Bilik Darjah PBD menerusi pautan You-Tube :

     https://youtu.be/eWGrGnPbtzk  

ümenguji peralatan teknikal dan menyediakan jadual penggunaan komputer riba di semua kelas tahun satu sepanjang tempoh Program Transisi berlangsung,

ümenguar-uarkan pelaksanaan program dan menyediakan senarai pendek persediaan peralatan dan pakaian anak-anak bagi Program Transisi Tahun Satu Sesi 2022 melalui gegantung (banner), risalah/buku program secara atas talian dan poster makluman menerusi aplikasi WhatsApp.

 

 

SEKILAS DARI LENSA KAMERA :

Proses Persediaan

Program Transisi Tahun Satu

Dan Guru Penyayang

Peringkat Sk Pulau Meranti Sesi 2022

 

 
Gambar 1 dan 2 : Merangka Pelan Tindakan Program Transisi Tahun 1 Sesi 2022 



 
Gambar 3 : Mesyuarat Transisi dikendalikan oleh Penyelaras Transisi


Gambar 4 : Taklimat Transisi kepada guru-guru yang disampaikan oleh GPK Pentadbiran, 
En.Mohd Azmin b. Atan.


Gambar 5 : Penerangan lanjut berkenaan Program Transisi



Gambar 6 : Penerangan berkaitan fasa-fasa di dalam Program Transisi kali ini 



Gambar 7 : Guru-guru fokus mendengar taklimat yang diberikan 



Gambar 7 : Penyediaan tag nama sementara murid tahun 1 sepanjang Program Transisi sesi 2022



Gambar 8: Penyediaan fail murid dan pengumpulan bahan sepanjang Program Transisi 



 
Gambar 9: Guru memasukkan lembaran kerja ke dalam fail setiap murid tahun satu untuk kegunaan sepanjang tempoh Transisi 2022 




 
Gambar 10 : AJK penyediaan tag nama sementara murid sepanjang tempoh Transisi 2022 menaip dan menyemak nama murid tahun 1 sebelum dicetak




Gambar 11 : Memasukkan nama murid yang telah dicetak ke dalam sarung plastik tag 




 
Gambar 12: Penyediaan buku kehadiran murid tahun satu setiap kelas selama 4 minggu persekolahan/
sepanjang tempoh 
Program Transisi Tahun Satu dan Guru Penyayang sesi 2022




 
Gambar 13 : Penyediaan tagging kelas dan van murid 




 
Gambar 14 : Tagging kelas dan van yang telah siap 





 
Gambar 15 : Susunan fail murid dan fail induk setiap kelas tahun satu yang mengandungi bahan Transisi seperti Modul Transisi, lembaran kerja dan jadual Program Transisi Tahun Satu sesi 2022. 





Gambar 16 : Gegantung/Banner selamat datang tahun satu dan pesanan keperluan asas sepanjang Program Transisi telah digantung dan dipaparkan di hadapan sekolah bermula 16 Mac 2022.




Gambar 17 : Gotong-royong sesi 1 telah dijalankan pada 18 Mac 2022 



Gambar 18 : Gotong-royong sesi 2 disambung pada hari Ahad, 20 Mac 2022. 
Guru-guru sudah berada di sekolah seawal jam 10 pagi bagi membuat persiapan terakhir kemasukan murid tahun satu dan Program Transisi sesi 2022 




 
Gambar 19 : Selain membersihkan kelas, antara kerja-kerja keceriaan kelas yang dijalankan 
pada 20 Mac 2022 adalah mengangkat meja dari blok bawah secara berperingkat bagi mencukupkan bilangan meja murid tahun satu, menyusun kerusi dan meja serta membalut meja.




 
Gambar 20 : Satu simbolik signifikan yang mengalu-alukan kehadiran murid tahun 1 sesi 2022 semasa proses menceriakan kelas adalah warga kerja Transisi sepakat menggantungkan belon di dalam kelas mengikut warna tema setiap kelas tahun satu. Cadangan ini diutarakan oleh penolong penyelaras Transisi, 
Puan Shurainee Hanim.




Gambar 21 : Contoh gambar yang siap digantung cantik di kelas 1 Helang bagi menyambut kehadiran murid-murid kelas ini. 




 
Gambar 22:  Memandangkan Program Transisi kali ini merupakan salah satu program yang mempromosikan dan mengaplikasi penuh sistem digital di SK Pulau Meranti, maka proses menguji peralatan teknikal dan pengumpulan bahan digital telah diadakan pada hari Jumaat, 18 Mac 2022. Selain itu, GPK Petang, Encik Muhammad Fairuz juga telah merangka jadual penggunaan komputer riba bagi setiap kelas tahun satu demi memastikan kelancaran aktiviti digital sepanjang Program Transisi Tahun Satu dan Guru Penyayang sesi 2022. 




 
Gambar 23 : Jadual Penggunaan Komputer Riba yang dihasilkan setelah perjumpaan dan perbincangan berkenaan proses persediaan bahan digital yang dilaksanakan.


 

Video 1 : Taklimat sesi satu iaitu Taklimat Ringkas Program Transisi Tahun Satu dan Guru Penyayang serta Taklimat Persediaan Masuk Tahun Satu sesi 2022 kepada ibu bapa/penjaga murid tahun satu secara atas talian melalui You-Tube:  https://youtu.be/P10scZXHFhk  
dan fb sekolah : https://www.facebook.com/SKPMOfficial/ pada hari Jumaat, 18 Mac 2022.





Video 2 : Manakala taklimat sesi dua yang diberikan kepada ibu bapa/penjaga murid tahun satu sesi 2022 pada hari Sabtu, 19 Mac 2022 adalah Taklimat Penataran Pentaksiran Bilik Darjah PBD menerusi pautan You-Tube : https://youtu.be/eWGrGnPbtzk  dan fb sekolah.





 
Gambar 24 : Selain penyebaran info persediaan kemasukan tahun satu melalui gegantung (banner) dan video khas di You-Tube, poster makluman turut disediakan sebagai wahana penyampaian maklumat. 
Penyediaan poster ini telah menjadi alternatif sampingan dalam membantu ibu bapa yang mempunyai data yang terhad untuk mengakses video yang telah disediakan. 





Gambar 25 : Warga kerja Transisi 2022 turut mengambil inisiatif penyediaan poster ringkas untuk menyampaikan makluman dan pesanan sebelum aktiviti/program transisi berlangsung. 
Kesemua poster makluman yang kreatif dan menarik ini dihasilkan oleh Setiausaha 
merangkap AJK Siaraya Program Transisi sesi 2022, Pn. Haniza.


Tuntasnya, besar harapan kami agar dengan persediaan yang telah dilaksanakan, sedikit sebanyak dapat memberi kefahaman kepada ibu bapa berkenaan Program Transisi yang bakal dilalui oleh anak-anak sekaligus mendapat sokongan dan kerjasama yang sewajarnya daripada semua pihak. Selain itu, semoga dengan persediaan ini turut dapat memudahkan semua pihak, membantu murid-murid menyesuaikan diri dengan baik serta melicinkan proses pelaksanaan program yang telah dirancang. Segala sokongan dan kerjasama yang diberikan didahulukan dengan sekalung untaian terima kasih. Sementara sebarang kekurangan didahulukan dengan jutaan kemaafan dan in shaa Allah akan cuba ditingkatkan pada masa yang akan datang.

 

Selamat datang murid tahun satu sesi 2022 dan selamat menjalani Minggu Transisi Tahun Satu! 😀

No comments: