Monday, October 23, 2023

CABARAN ANUGERAH PANDU PUTERI TUNAS KETUA PESURUHJAYA 2023

 Alhamdulillah selesai sudah Cabaran Anugerah Pandu Puteri Tunas (PPT) Ketua Pesuruhjaya 2023 peringkat Kebangsaan yang berlangsung selama 3 hari (18 - 20 Oktober 2023) di USIMA Forest Resort.

Tahniah diucapkan kepada Azra Raihana binti Azrin dari kelas 6 Dahlia kerana telah berjaya menerima Anugerah PPT Ketua Pesuruhjaya 2023.

Untuk makluman semua, murid ini telah berjaya melengkapkan 23 lencana kecekapan dan mengikuti pelbagai aktiviti Pandu Puteri di pelbagai peringkat (sekolah hingga antarabangsa) dalam masa 2 tahun ini bagi melayakkannya menerima anugerah ini.


Semoga menjadi pembakar semangat kepada adik-adik Pandu Puteri Tunas SKPM untuk sama-sama berjaya hingga peringkat yang paling tinggi sebagai ahli Pandu Puteri Tunas.

Tahniah sekali lagi kepada Azra Raihana dan terima kasih kepada Pn. Parimala yang membuka peluang, guru-guru PPT dan guru-guru lain yang turut membantu dan memberi sokongan.




















No comments: