Saturday, October 7, 2023

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2023

Tarikh : 06 hb Oktober 2023 

Hari : Jumaat 

Tempat : Dataran Perhimpunan dan Kelas

Maulidur Rasul merupakan peristiwa kelahiran Rasulullah s.a.w dan perjalanan sirah baginda yang menjadi panduan dan amalan untuk umatnya menuju syurga Allah. Pengorbanan Rasulullah s.a.w dan para sahabat dalam memperjuangkan agama perlu diingati dan diteladani oleh kita. Melalui peristiwa inilah kita mendapat agama dan iman.Oleh itu,Panitia Pendidikan Islam, SK Pulau Meranti telah menganjurkan sambutan Maulidur Rasul untuk memberi kefahaman dan ilmu kepada para guru dan murid tentang hari kebesaran Islam ini. 

Matlamat 

Maulidur Rasul merupakan hari kebesaran umat Islam seluruh dunia yang diraikan setiap tahun demi memupuk kecintaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W dengan mengikuti agama dan cara hidupnya, mengamalkan sunnahnya,mematuhi perkataan dan perbuatan baginda dalam segala keadaan, melaksanakan suruhannya dan menjauhi larangannya.

Objektif 

  • Murid dan guru dapat menambah ilmu melalui peristiwa kelahiran Rasulullah s.a.w.
  • Mempraktikkan keunggulan syiar Islam. 
  • Mewujudkan kerjasama dan semangat saling bantu membantu di antara sesama murid dalam pasukan. 

Rasional 

Majlis ini dirancang untuk mengingati peristiwa Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W supaya semua warga sekolah dapat mengingati serta mengambil pengajaran daripada peristiwa tersebut dan mengamalkan dalam kehidupan seharian.














No comments: