3 April 2017: Bertempat di Dataran Perhimpunan, Bulan Panitia Sains & Matematik telah dilancarkan pada pagi ini oleh Guru Besar SK Pulau Meranti, Pn. Siti Habsah bt Ahmad. Acara simbolik memecahkan ais telah disempurnakan oleh Guru Besar.Pelbagai aktiviti telah dirancang dan akan dijalankan sepanjang bulan April sini. Bulan panitia bertujuan menanam rasa keyakinan diri murid dengan penyertaan dalam pelbagai aktiviti dan bersaing secara sihat.
Aktiviti akan dijalankan semasa sesi pengajaran dan pemudahcaraan di kelas.
Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah:
Panitia Matematik:
Tahun 1 - Colouring Contest
Tahun 2 - Cepat Jawab
Tahun 3 - Teka Silang Kata
Tahun 4 - Siapa Cepat Dia Dapat
Tahun 5 - Kuiz Matematik
Tahun 6 - Kotak Beracun
LINUS - Kolaj Nombor
Panitia Sains:
Tahun 1 -Mencari Objek Tersembunyi
Tahun 2 - Teka Silang Kata
Tahun 3 - Teka Silang Kata
Tahun 4 - Explorace Sains
Tahun 5 - Explorace Sains
Tahun 6 - Kolaj Haiwan
Semoga Bulan Panitia ini dapat memberi banyak manfaat kepada murid-murid untuk mencungkil bakat dalam diri murid dan semangat keyakinan diri untuk menyertai aktiviti/pertandingan yang akan diadakan.
No comments:
Post a Comment