Tuesday, July 11, 2023

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE15 KUMPULAN 3 SESI PAGI

 LAPORAN GURU BERTUGAS SESI PAGI MINGGU KE-3 2023/2024

 

TARIKH: 10/7/2023-14/7/2023

KUMPULAN : 3

TEMA: SALING MEMAAFI

UNIT BERUNIFORM : BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM)

 

GURU BERTUGAS

1. PN. CHE MARIAH BINTI NGAH (KETUA)

2. PN. NIRAWATY BINTI MOHD NOR

3. PN. DIANA BINTI YUSOF

4. EN. MOHAMMAD RIZWAN BIN MAT RIFIN

5. EN. MOHAMMAD HELMI BIN JUMRI





Perhimpunan dimulakan tepat jam 7.30 diketuai oleh adik Rifqah Zulaikha dari kelas 6 Dahlia yang mewakili unit beruniform yang bertugas pada minggu ini. Setelah itu, perhimpunan dimulakan dengan nyanyian tiga lagu yang dipimpin oleh adik Radhahtul Nursafiyya dari kelas 5 Persona. Bacaan doa dibacakan adik Nuh Rayyan Azraie dari kelas 4 Topaz. Seterusnya, bacaan ikrar Rukunegara diketuai oleh Rifqah Zulaikha dan bacaan ikrar murid diketuai oleh adik Maleeka Maritza. 

Perhimpunan diteruskan dengan ucapan dari wakil guru bertugas minggu lepas iaitu Pn. Hayati binti Kamis. Beliau menekankan tentang aspek kebersihan yang perlu ditingkat pada setiap masa oleh semua murid kerana sepanjang minggu kebersihan berada pada tahap memuaskan sahaja. Setelah itu, guru disipil yang diwakili Ust. Helmi menekankan tentang disiplin yang baik yang harus dipamerkan oleh setiap murid SK Pulau Meranti tidak mengira walau dimana jua berada. Murid-murid juga diingatkan untuk tidak membuli dengan menggunakan kata kata kesat. 

Seterusnya ketua guru bertugas memberikan ucapan berkenaan dengan Tema minggu ini iaitu - saling memaafi. Ust Che Mariah menceritakan dengan ringkas bagaimana murid-murid dapat mengambil pengajaran dari kisah Nabi Yusuf A.S yang telah dibuang didalam perigi buta oleh adik beradiknya sewaktu kecil. Namun demikian, apabila dewasa, baginda tetap memaafkan adik beradiknya. Perhimpunan diteruskan dengan, PK Kokurikulum, Pn. Raihan binti Md Faissal juga menekankan tentang adab ketika ingin bercakap dengan guru-guru. Murid-murid seharusnya lebih peka terhadap disiplin masing-masing ketika berada disekolah dan juga ketika ingin bercakap atau berjumpa dengan guru-guru. Perhimpunan ditangguhkan pada jam 7.50 pagi.













TUGASAN SEPANJANG MINGGU.

1. Menyambut kedatangan murid serta memantau pergerakan masuk murid-murid ke dalam kawasan sekolah.

2. Memantau disiplin dan memastikan murid-murid sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan pihak sekolah sepanjang berada di kawasan sekolah.

3. Memastikan keselamatan murid-murid ketika berada di kawasan sekolah.











































No comments: