Sunday, July 23, 2023

LAPORAN KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD SEPANG 2023

Kejohanan Bola Sepak kembali lagi. Tahun ini, SK Pulau Meranti telah dilantik sebagai Pengelola Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 MSSD Sepang 2023. Kejohanan yang berlangsung selama 4 hari telah diadakan di Padang SK Methodist, Sg Pelek bermula 17 hingga 21 Julai 2023. Selain menjadi urusetia kejohanan, SKPM juga telah menghantar wakil pasukan iaitu Meranti FC untuk menyertai kejohanan ini. Bersama-sama kita lihat perjalanan kejohanan serta perjuangan pasukan sekolah kita.

Meranti FC bersama Jurulatih Encik Gopi, Encik Rizwan dan Encik Helmi

URUSETIA KEJOHANAN




MESYUARAT PENYELARASAN KEJOHANAN




Mesyuarat Penyelarasan Bola Sepak MSSD (rendah) yang diadakan di Bilik Mesyuarat SKPM pada 26 Jun 2023. Turut dihadiri oleh Pengurus Teknik (rendah) serta wakil sekolah yang menyertai.


PERSEDIAAN PADANG DAN TEMPAT KEJOHANAN




Persediaan padang dan tempat kejohanan di SK Methodist Sungai Pelek, kerjasama oleh Encik Mohd Noor Firdaus (SK Taman Seroja), Encik Rizwan (SK Pulau Meranti), Encik Gopi (SK Pulau Meranti), Encik Arul Vienthan (SK Methodist), dan Encik Mohd Afiq (SK BBST).


TENTATIF PROGRAM



https://anyflip.com/owliz/cdau/

Buku Program Kejohanan Bola Sepak 2023 yang disediakan oleh Puan Suzila. Untuk maklumat lanjut sila klik link di atas.


ISNIN DAN SELASA (17-18 JULAI 2023)

Pendaftaran dan taklimat oleh Pengurus Teknik serta Perlawanan Pusingan 1




Meja Pendaftaran

Taklimat pengurusan sebelum acara dimulakan


Pasukan Bola Sepak SK Pulau Meranti

Bersama Guru Besar SK Pulau Meranti, Puan Norlita binti Ramli

Bersama jurulatih pasukan, Sir Gopi



Pasukan medik SKPM

SKPM mara ke Pusingan 16







KHAMIS (20 JULAI 2023)

Perlawanan Pusingan 16 dan Suku Akhir bagi yang mara.


Kata-kata semangat oleh jurulatih, Ustaz Helmi kepada pemain












JUMAAT (21 JULAI 2023)

Hari ini merupakan hari terakhir kejohanan. Agenda hari ini adalah Perlawanan Separuh Akhir dan Akhir serta Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Bola Sepak MSSD Sepang 2023 










MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH

Bacaan Doa: Ustaz Helmi bin Jumri

Perasmi Majlis Penutup: Puan Norlita binti Ramli (Guru Besar SKPM)

Penyampaian cenderahati oleh:
  1. En. Zaid (PK Hem SK Methodist)
  2. En. Kukan a/l Nallapan (Ketua Pengadil)
  3. En. Mohd Noor Firdaus (Pengurus Teknik Rendah)
Anugerah Pemain Terbaik disampaikan oleh Puan Norlita binti Ramli diiringi Puan Raihan binti Md Faissal.

Penyampaian medal dan sijil oleh Puan Norlita binti Ramli diiringi Puan Raihan binti Md Faissal.

        Keputusan Kejohanan Bola Sepak MSSD Sepang 2023:
    1. Tempat Ketiga Bersama dimenangi oleh SK Taman Putra Perdana dan SK Baharu Lanjut,
    2. Tempat Kedua dimenangi oleh SK Taman Seroja, dan;
    3. Tempat Pertama dirangkul oleh SK KLIA.
Penyampaian Piala Pusingan Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 MSSD Sepang 2023 dianugerahkan kepada SK KLIA





















Di Kejohanan Bola Sepak MSSD Sepang ini, Meranti FC telah bertemu dengan SK Taman Seroja dan SK Cyberjaya pada Pusingan 1 seterusnya dapat melayakkan diri ke Pusingan 16. Saingan Pusingan 16 amat getir apabila SKPM bertemu dengan SK Kg Baharu Lanjut. Tentangan yang sengit telah diberikan oleh pasukan SK Kg. baharu Lanjut sehingga membawa mereka ke penentuan sepakan penalti. Namun, nasib tidak menyebelahi Meranti FC di mana kalah hanya dengan 1-0 penalti.

"Rezeki hanya ke Round 16 sahaja untuk tahun 2023..Tidak target untuk JUARA,tapi target UTAMA adalah untuk nak bina pemain dari Zero sehingga dapat bermain bola dan Alhamdulillah objektif tu tercapai. Kita cuba lagi tahun depan"- Jurulatih Meranti FC, Encik Rizwan bin Mat Rifin.





Alhamdulillah selesai sudah kejohanan bola sepak MSSD Sepang 2023

Tahniah dan terima kasih kepada semua warga SK Pulau Meranti yg terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kejohanan pada tahun ini. 



No comments: