Thursday, July 28, 2022

Program Ekspresi Meranti (Julai 2022)

 Program Ekspresi Meranti

(Julai 2022)


Hasil cetusan idea Penolong Kanan Petang, Encik Muhammad Fairuz bin Abdul Aziz, Program Ekspresi Meranti telah dilancarkan dan mula dijalankan pada 19 Julai 2022 di dataran berbumbung SK Pulau Meranti.

 

Program ini diwujudkan adalah bertujuan untuk memenuhi waktu terluang murid-murid sesi petang sementara menunggu murid sesi pagi keluar dari kelas.

 

Berkonsepkan didik hibur, maka program ini sekaligus menjadi satu usaha signifikan dalam menarik minat murid untuk belajar dengan kaedah santai dan menyeronokkan sejajar dengan saranan KPM dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025.

 

Pada peringkat awal, program ini telah dilaksanakan pada hari Selasa, Rabu dan Khamis berikutan kekangan jadual dan waktu masuk yang berbeza pada hari Isnin dan Jumaat.

 

Selain itu, program ini telah berjalan sebagaimana susunan jadual yang telah dirancang iaitu berbeza mata pelajaran dan guru telah bertugas secara penggiliran.

 

Antara contoh aktiviti yang telah dijalankan adalah aktiviti nyanyian dan kuiz. Sepanjang sesi program ini juga, murid yang berjaya menjawab soalan menerusi aktiviti pembelajaran santai berkenaan; diberikan cenderahati sebagai motivasi untuk terus melibatkan diri secara aktif di dalam program ini.


Sekilas dari Lensa Kamera

Ekspresi Meranti

Sepanjang Julai 2022



Gambar 1 : Jadual Program Ekspresi Meranti Kumpulan 1 (1-10 hb)



 
Gambar 2 : Jadual Program Ekspresi Meranti Kumpulan 2 (11-20 hb)



Gambar 3 : Jadual Program Ekspresi Meranti Kumpulan 3 
(21-30/31 hb)




Gambar 4 : Program Ekspresi Meranti yang dijalankan pada 
20 Julai 2022 oleh Puan Rusmaliza bagi subjek Pendidikan Islam.




Gambar 5: Program Ekspresi Meranti yang dijalankan pada 
21 Julai 2022 oleh Puan Nur Syazwani bagi subjek Bahasa Melayu.



Gambar 6 : Program Ekspresi Meranti yang dijalankan pada 
28 Julai 2022 oleh Puan Haniza bagi subjek Bahasa Melayu.



Tuntasnya, dengan pelaksanaan program ini diharapkan dapat memberi manfaat yang besar kepada pihak sekolah dan proses perkembangan pelajaran anak-anak SK Pulau Meranti khasnya. Sekalung jutaan terima kasih kepada pihak pentadbir, staff, guru, ibu bapa dan murid yang terlibat waima secara langsung mahupun tidak langsung. Segala kekurangan in shaa Allah akan cuba ditingkatkan dari semasa ke semasa demi kelangsungan pembelajaran anak-anak SK Pulau Meranti.

 



No comments: