Sunday, July 24, 2022

KEJOHANAN HOKI PIALA HINOROBU KONDA



Seramai 25 orang murid SK Pulau Meranti telah menyertai Kejohanan Hoki Piala Hinorobu Konda di Stadium Hoki Tun Razak pada Ahad lepas, 17 Julai 2022. Pasukan hoki SK Pulau Meranti telah dilatih oleh Kelab Hoki Hockademy bersama coach Selvaraju Sandrakasi. 

Team Hockademy SK Pulau Meranti telah menghantar 2 pasukan untuk kejohanan ini. Team Hockademy A dapat melayakkan diri ke pusingan semi-final. Walaupun tumpas pada pusingan semi-final, anak-anak Hockademy SK Pulau Meranti telah bermain dengan sehabis baik dan mendapat tempat ke-4.

Untuk pengetahuan semua, Penasihat Hockademy, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin akan menaja murid-murid untuk berlatih di Jepun sekiranya terpilih. 

Murid-murid SKPM telah manjalani latihan hoki setiap hari Sabtu dan Ahad bersama coach Selvaraju. Teruskan latihan dan berusaha untuk memperbaiki permainan. Pencapaian dalam kejohanan yang lepas telah membanggakan sekolah memandangkan ia adalah kejohanan yang pertama buat SKPM. Selamat maju jaya, anak-anak Hockademy SKPM!

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada Hockademy yang memberi peluang kepada anak-anak SK Pulau Meranti dan juga ibu bapa yang memberi sokongan kepada anak-anak semasa latihan dan kejohanan. 














Berita lanjut tentang Kejohanan Hoki Piala Hinorobu Konda boleh diakses di laman 
https://www.flashsukan.com.my/hockademy-sedia-laluan-buat-pemain-hoki-berbakat-berlatih-di-jepun/ dan https://fb.watch/ekQWGCYAwG/ 




 

No comments: