Sunday, January 29, 2023

HARI ORIENTASI MURID TAHUN 1 SESI 2023/2024

Hari: SABTU

Tarikh: 28 JANUARI 2023

Masa: 7.30 PAGI - 12.00 TENGAH HARI

Tempat: DEWAN SK PULAU MERANTI


   Program Hari Orientasi Tahun 1 Sesi 2023/2024 pada hari ini 28 JANUARI 2023 berjalan dengan lancar dan jayanya.

    Hari orientasi dilaksanakan untuk murid tahun 1 dengan tujuan mewujudkan rasa mahu ke sekolah, memperkenalkan warga sekolah serta untuk mengeratkan perhubungan sesama murid dan warga sekolah. Penerangan yang jelas juga diberikan kepada ibubapa berkaitan peraturan sekolah, PBD, Program Transisi dan lain-lain lagi.

    Matlamat Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada bakal murid-murid tahun 1 kepada alam persekolahan yang sebenar. Serta memberi penerangan kepada ibubapa mengenai hal ehwal sekolah. 

    Hari Orientasi merupakan hari yang penuh bermakna dan bererti sekali terutamanya bagi murid-murid tadika atau prasekolah untuk melangkah ke alam persekolahan sebenar di Tahun 1. Dengan adanya program ini, sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid yang datang dari pelbagai latar belakang menyesuaikan diri dan sentiasa lebih bersedia untuk meneruskan pembelajaran di sekolah rendah.

TENTATIF PROGRAM


SESI PENDAFTARAN




NYANYIAN LAGU NEGARAKU & BACAAN DOA


UCAPAN ALUAN - GURU BESAR


TAKLIMAT KURIKULUM & PBD - GPK 1


TAKLIMAT PROGRAM TRANSISI - GPK PETANG


TAKLIMAT PERATURAN ASAS SEKOLAH, DISIPLIN DAN BUKU TEKS - GPK HEM


AKTIVITI ORIENTASI TAHUN 1


LAWATAN TEMPAT-TEMPAT SEKOLAH


IBU BAPA/PENJAGA SEMAKAN DAN HANTAR FAIL MURID





No comments: