Monday, January 16, 2023

LAPORAN GURU BERETUGAS MINGGU KE-39 (SESI PAGI)

  •  TARIKH: 16 JANUARI 2023
  • MINGGU: 39
  • KUMPULAN: KUMPULAN 2 SESI PAGI

Guru Bertugas

  1. Pn. Suriatie binti Che Lah (Ketua)
  2. En. Nordin bin Mat Hussin
  3. Pn.Siti Nurain binti Jalaluddin
  4. En. Mohammad Rizwan bin Mat Rifin 
  5. En. Mohd Helmi bin Jumri


Aktiviti 

  • Pengerusi Majlis: Pn. Suriatie binti Che Lah
  • Nyanyian : Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor & Lagu Sekolah dikendalikan oleh: En. Mohammad Faiz bin Jamaluddin
  • Bacaan Doa : Muhammad Zafran Zahwan bin Zaimi (6 Mars)
  • Ikrar Rukun Negara : Pn. Suriatie bt Che Lah
  • Ikrar Murid : Alya Syadrina binti Khairulazham (6 Jupiter)



Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas:

  • Disampaikan oleh Pn. Wan Sarinah
  • Kebersihan di dataran berbumbung selepas waktu rehat. Murid perlu pastikan makanan yang tumpah, dikutip/dikemas supaya murid lain dapat duduk dengan selesa.
  • Pastikan tong sampah yang telah penuh tidak digunakan lagi. Gunakan tong sampah yang lain dan yang masih kosong.
  • Keselamatan semasa waktu pulang. Murid tidak dibenarkan melintas dari hentian bas A dan B sesuka hati kerana dikhuatiri berlaku kecederaan.
  • Murid tahap 2 tidak dibenarkan menunggu di hentian bas di hadapan tahfiz, hanya hentias bas A dan B sahaja yang dibenarkan.
  • Murid-murid diingatkan untuk sampaikan pesanan kepada ibu bapa agar tidak menghentikan kereta di hadapan pagar laluan masuk utama kerana menghalang lalulintas.


Laporan Guru Kaunseling
  • Murid diingatkan untuk menggunakan PAS KELUAR KELAS semasa meninggalkan kelas sewaktu PdPc. Hanya 2 orang dibenarkan keluar pada satu-satu masa.


Pengumuman Latihan Kebakaran
  • Disampaikan oleh Ustaz Samsoe Riza
  • Beliau menerangkan tatacara/apa yang murid perlu lakukan sekiranya berlaku kebakaran/latihan kebakaran.
  • Murid juga dimaklumkan tentang kawasan perhimpunan jika berlaku kebakaran.


Ucapan PK Hal Ehwal Murid
  • Perkongsian amalan baik: memberi salam. Murid perlu amalkan memberi salam bukan sahaja kepada guru tetapi sesama rakan sebaya.
  • Zon larangan berlari: tapak perhimpunan dan tangga.
  • Bantuan Awal Persekolahan (BAP) akan diserahkan kepada ibu bapa pada 18 Januari 2023 bermula jam 12.30 tengahari hingga 2.30 petang. Ibu bapa perlu hadir dan membawa bersama MyKid anak jagaan.
  • Murid dibenarkan pulang selepas mengambil BAP.
  • Cuti Tahun Baharu Cina akan bermula pada 20 Januari 2023 hingga 24 Januari 2023 dan akan bersekolah semula pada 25 Januari 2023 (Rabu).


Disiplin murid: Baik dan terkawal

Suasana waktu rehat


Waktu balik

Waktu pulang

Semasa perhimpunan


No comments: