Friday, January 13, 2023

BACAAN YASIN DAN TAHLIL RINGKAS

Hari     : Jumaat
Tarikh  : 13 Januari 2023
Masa  : 7.15 pagi – 7.30 pagi
Tempat : Dataran berbumbung SK Pulau Meranti

Bacaan Yasin dan tahlil ringkas ini dijalankan untuk disedekahkan pahala kepada allahyarham suami  Ustazah Rusmaliza. Majlis bacaan Yasin dan tahlil ringkas telah diketuai oleh Ustaz Shamsoe Riza. Barisan pentadbir, guru dan murid-murid tahun 4, 5 dan 6 bersama-sama menyempurnakan bacaan Yasin dan tahlil. 




Pihak sekolah merakamkan ucapan takziah kepada Ustazah Rusmaliza atas kehilangan suami yang tercinta dan tabah menghadapi dugaan ini. Semoga dengan bacaan Yasin dan tahlil itu memudahkan perjalanan abadi kepada allahyarham.


No comments: