Thursday, December 14, 2023

Majlis Pelancaran Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok Dan Vape KPM Tahun 2023

 Program ini adalah Program KPM dimana setiap sekolah seluruh Malaysia perlu membuat Pelancaran pada masa yang ditetapkan oleh KPM sendiri.

Pelaksanaan program ini bertujuan membimbing serta memberi kesedaran kepada murid akan bahaya Rokok dan Vape. Semua murid dan warga sekolah perlu didedahkan dengan informasi terkini mengenai kesihatan yang diusahakan oleh pihak sekolah. Ia jugavdapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan kurang mengambil berat mengenai kesihatan. Para pelajar terutama Duta Sahsiah Murid menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah diharapkan dapat menyebarkan maklumat tersebut kepada masyarakat luar sekolah dan seterusnya dapat mengubah amalan dan cara hidup yang lebih sihat.









No comments: