Tuesday, December 5, 2023

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-35

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-35 ( SESI PAGI)

TARIKH: 4 DISEMBER 2023
MINGGU: 35 ( PERHIMPUNAN DALAM BAHASA INGGERIS)
KUMPULAN : 5

GURU BERTUGAS
1. EN. MOHAMMAD FAIZ BIN JAMALUDDIN
2. PN. SURIATIE BINTI CHE LAH
3. PN. NORJAYA BINTI SUMALEH
4. PN. MAZIANA BINTI MUSTAFFA
5. CIK KHAIRUNNISA SYAZRIN BINTI KAMARZAMAN

PENGAWAS BERTUGAS ADIK MIRZA




AKTIVITI
1. NYANYIAN LAGU 
Dipimpin oleh pengawas bertugas


a) Lagu Negaraku
b) Lagu Negeri Selangor

2. BACAAN DOA



3. IKRAR RUKUNEGARA



4. IKRAR MURID



5. LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS

- Disampaikan oleh En. Nordin

a) Disiplin
- menegur sikap murid semasa waktu rehat
- murid suka berlari dan berkejar- kejaran sewaktu rehat terutamanya Tahun 4 dan Tahun 5
- mengingatkan murid agar sentiasa menjaga keselamatan bagi mengelakkan terjatuh dan luka
- Murid diminta mengubah sikap agar menggunakan waktu rehat untuk berehat dan makan di kantin.

b)Penggunaan Tandas
- Murid tidak dibenarkan berkumpul di tandas pada waktu rehat.
- Murid juga diingatkan supaya tidak makan atau minum di dalam dan di hadapan tandas.
- Semasa waktu rehat semua murid perlu makan di kantin atau di bawah dataran berbumbung.


6. UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS MINGGUAN

- Disampaikan oleh Ustazah Cik Syazrin
- Memperkenalkan guru bertugas Mingguan
- Menghuraikan Tema mingguan" Toleransi"
- Memberikan contoh toleransi dengan diri sendiri, dengan guru dan dalam kelas.
- Mengingatkan murid agar sentiasa menjaga kesihatan

7. UCAPAN GURU DISIPLIN

- Disampaikan oleh Ustaz Helmi
- Teguran
a) Pakaian
- Murid digalakkan memakai pakaian seragam sekolah pada setiap hari Isnin supaya semua nampak seragam dan kemas.

b) Waktu Ke Tandas
- Penggunaan tandas tidak dibenarkan pada waktu pertama PDPC, masa pertama selepas rehat dab waktu akhir sebelum balik.
- Semua murid perlu mengikuti semua waktu larangan ke tandas.
- Hanya kes kecemasan sahaja dibenarkan keluar pada waktu tersebut.

c) Disiplin Murid
- Murid Tahun 6 diingatkan agar menjaga disiplin semasa berada di kawasan aekolah.

d) Pentaksiran
- Semua murid perlu menggunakan masa yang ada untuk mengulangkaji  pelajaran untuk Pentaksiran Akhir Tahun

8. UCAPAN GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID ( HEM)

- Disampaikan oleh  Ustaz Muhammad Samsolri
- Memberi 3 peringatan perlakuan murid yang tiada Toleransi selepas ini

a) Ponteng Kelas
b) Makan di dalam tandas
c) Kerap keluar ke tandas

- memberi peringatan bahawa tandas adalah tempat yang kotor dan bukan tempat yang sesuai untuk makan.

- memberi peringatan kepada semua murid agar tidak ponteng kelas kerana banyak aduan murid suka keluar semasa guru di dalam kelas.

- Peringatan juga diberikan kepada pengawas sekolah yang terlibat ponteng kelas.

- Tindakan Disiplin akan diambil kepada murid yang melanggar peraturan sekolah.

LENSA KAMERA











Perhimpunan ditangguhkan...

No comments: