Thursday, December 14, 2023

Program Awal Remaja "Melangkah Ke Alam Mekar"

Pada 8 Disember 2023 Unit B&K telah menganjurkan Program Awal Remaja yang Bertajuk " Melangkah Ke Alam Mekar" bagi murid tahun 5 dan 6. Kaunselor sepenuh masa Pn. Hasliza Bt Hassan dan Pn. Siti Juliana Bt Mohamed dari SMK Putra Perdana di jemput untuk memyampaikan ceramah Awal Remaja Kepada murid SKPM

 PENGENALAN

Individu yang berusia bawah 12 tahun masih diklasifikasikan sebagai ‘kanak-kanak’. Bagaimanapun, kematangan kanak-kanak masa kini tidak boleh dipandang remeh kerana banyaknya kes-kes jenayah termasuk jenayah seks yang melibatkan individu yang masih di alam kanak-kanak ini. Justeru itu, Unit Bimbingan Dan Kaunseling SK Pulau Meranti mengambil inisiatif untuk menangani isu ini pada peringkat awal lagi. Program ini akan memberi pengetahuan kepada murid-murid dari aspek kesihatan dan kerohanian dalam memahami peranan jantina ( seks) yang dianugerahi tuhan dengan sebaik mungkin

OBJEKTIF

Mendapat info yang betul tentang perkembangan seks secara sihat.

Tahu cara untuk menjaga diri.

Tahu cara mengurus diri.

Menghargai dan menghormati diri sendiri dan rakan-rakan yang lain yang berlainan                 jantina.










No comments: