Masa : 7.45 - 8.15 pagi
Tempat : Tapak Perhimpunan
Guru Bertugas :
1. En. Mohd Taufik Bin A.Rahman
2. Ustaz Mohd. Helmi Bin Jumri
3. Pn. Hayati Bt Kamis
4. Pn. Mazlinda Bt Ismail
Laporan
1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
- Pengerusi Majlis : Ahmad Alif Rahimi Bin Kamaruzaman
- Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Sekolah dan Lagu Negeri Selangor
- Bacaan Doa oleh Muhammad Aliff Dzaqwan Bin Hasniruddin
- Bacaan Ikrar Rukunegara diketuai oleh Ammar bin Sazman
- Bacaan Ikrar Sekolah diketuai oleh Nurzafirah Bt Fairuz Zamer
- Bacaan Ikrar Keselamatan Jalanraya diketuai oleh Mohd Syamil Hafiz
![]() |
Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Sekolah dan Lagu Negeri Selangor |
2. Laporan Guru Bertugas Pada Minggu Lepas
- En. Mohd. Riza Feelaqiz menasihati murid-murid supaya menjadikan sikap bersopan-santun sebagai amalan dalam kehidupan seharian.
- Murid-murid juga dinasihati supaya menggunakan bahasa yang sopan dalam percakapan sesama rakan dan guru-guru.
- Ustaz Mohd Helmi menerangkan maksud berbudi bahasa.
- Menasihati murid-murid supaya saling memaafkan dan berbuat baik sesama rakan.
- Ustaz Mohd Helmi mengumumkan kelas terbersih bagi Penggal 1.
Tahap 1 : 3 Gemilang
Tahap 2 : 5 Gemilang
- Kelas-kelas tersebut diberikan sijil penghargaan dan bintang. Sijil-sijil juga diberikan kepada kelas terbersih mingguan iaitu Kelas 3 Cemerlang dan 4 Gemilang.
![]() |
Penyampaian sijil dan bintang bagi kelas terbersih |
4. Ucapan Guru Besar
- Puan Siti Habsah mengulas ucapan En. Mohd Riza berkaitan sikap bersopan-santun. Beliau menasihati murid-murid supaya menjadikan uapan salam sebagai satu amalan dalam kehidupan.
- Menasihati murid-murid supaya menjaga kebersihan dan keceriaan kelas.
- Memberi pesanan kepada semua murid Tahun 6 supaya menjawab Peperiksaan Percubaan UPSR dengan baik kerana keputusan peperiksaan itu akan digunakan untuk memohon Sekolah Berasrama Penuh.
- Memberi peringatan supaya jangan membuang masa dan menyemak semula kertas jawapan.
- Membuat pengumuman cuti sekolah bermula 26 Julai hingga 3 Ogos 2014.
- Menasihati semua murid supaya menjaga kesihatan serta keselamatan diri dan jangan bermain mercun.
- Menegaskan bahawa semua murid wajib hadir ke sekolah sehingga hari Jumaat (25 Julai 2014)sebelum bercuti selama 9 hari.
5. Penutup
Perhimpunan bersurai pada pukul 8.00 pagi yang diakhiri dengan nyanyian Lagu Malaysia Berjaya.
6. Program Mentor-Mentee
No comments:
Post a Comment