Pelaksanaan Guru
Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih
sayang di sekolah. Program ini bertujuan menonjolkan kasih sayang guru-guru
terhadap para pelajar dengan cara menyambut kehadiran pelajar di awal pagi.
Guru-guru akan beratur di depan pagar sekolah meraikan kedatangan pelajar pada
hari itu sambil mengucapkan terima kasih kerana hadir. Guru-guru juga akan
membetulkan tali leher ataupun pakaian pelajar jika tidak kemas sebagai tanda
ambil berat & sayangnya guru pada anak murid. Setiap pelajar akan bersalam
dengan guru.
![]() |
Murid bersalaman dengan Ustazah Nasibah |
![]() |
Cikgu Yusnur turut menyambut kehadiran murid |
Selain daripada menyambut kehadiran murid program guru penyayang ini juga mengadakan aktiviti mentor mentee dan sambutan hari lahir murid.
No comments:
Post a Comment