Tuesday, June 16, 2015

Laporan Perhimpunan Minggu Ke-21

Tarikh : 15 Jun 2015
Tempat : Tapak Perhimpunan

Guru Bertugas :

En.Gopi 
Pn Norhanim
Pn Roshida
En Mohd Riza Feelaqiz
Pn. Marlina
Pn. Nirawaty

Laporan :

Pengerusi Majlis : En. Mohd Reza Feelaqiz
Bacaan Doa : Abu Bakar As Siddiq
Bacaan Ikrar Rukunegara : En. Mohd Reza Feelaqiz
Bacaan  Ikrar Murid         : Mohd Syamil Hafiz
Bacaan Ikrar Keselamatan Jalan Raya : Mohd Haziq Ikmal


Laporan guru bertugas minggu lepas:
Disampaikan oleh: Tn Hj. Abd Razak

1.    Sentiasa menjaga disiplin diri semasa menunggu ibu bapa di hentian bas semasa balik. Tidak berlari-lari atau bermain-main semasa sedang menuggu.


2.     Menjaga kelakuan dan adab sesama rakan di sekolah kerana terdapat laporan ada murid yang membaling batu terhadap rakan yang lain.


3.   Guru- guru akan sentiasa memantau kelakuan murid – murid di kawasan sekolah. Begitu juga murid-murid diminta untuk sentiasa ingat mengingati rakan rakan yang lain.




Laporan Guru Bertugas Mingguan:

Disampaikan oleh:
En Mohd Reza Feelaqiz.

1.    En. Mohd Reza telah mengingatkan murid-murid agar mengamalkan cara hidup yang sihat.

2.    Antaranya dengan mengamalkan pemakanan seimbang, sentiasa bersenam untuk mengekalkan minda yang cerdas dan fizikal yang cergas.

3.    En. Mohd Reza juga telah mengumumkan juara mingguan kelas terbersih yang jatuh kepada kelas 3 Cemerlang dan 5 Gemilang.











Ucapan guru besar:

1.    Guru Besar mengingatkan murid-murid tentang kedatangan bulan mulia bulan Ramadhan pada hari Khamis.

2.    Beliau juga mengingatkan murid-murid agar sentiasa berhati-hati dengan keadaan sekeliling terutamanya berkaitan dengan kes cubaan penculikan yang baru-baru terjadi di kawasan berdekatan.


3.    Guru Besar juga mengumumkan Hari Bicara Akademik yang akan berlangsung pada hari Jumaat, 19 Jun 2015 dan diminta supaya murid murid dapat memberitahu kepada ibu bapa masing masing supaya hadir ke sekolah. 






 Perhimpunan ditangguhkan pada jam 8.00 pagi. 

Laporan disediakan oleh:
Pn . Nirawaty.

No comments: