Tuesday, July 14, 2015

Majlis Khatam Al-Quran & Penutupan Bulan Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan taufiq dan hidayahNya kita masih diberi peluang untuk merasai nikmat Iman dan Islam. Pada hari ini Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran beserta Majlis Penutupan Bulan Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab bagi sesi 2015.

Apabila berakhirnya perhimpunan rasmi sekolah, semua murid telah dibawa masuk ke Dewan SKPM. Semua pentadbir, guru dan staf turut dijemput masuk ke dewan bagi  meraikan majlis pada hari ini. Majlis kali ini dipengerusikan oleh Cikgu Mohd Reeza Feelaqiz bin Shauri yang sangat petah berbicara. Acara dimulai dengan bacaan doa oleh Al Fadhil Ustaz Yusnizan Bin Ahmad Marzuki. Semua warga SKPM khusyuk mengaminkan doa yang dibacakan oleh beliau.

Seterusnya majlis diteruskan dengan 'Battle Hafazan Tahun 6' yang dikendalikan oleh Ustaz Mohd Helmi b Jumri. Seramai 7 orang peserta menyertai acara ini. Semua peserta telah menunjukkan persembahan yang terbaik. Majlis diteruskan lagi dengan Majlis Khatam Al-Quran dipimpin oleh Ustaz Mohd Helmi Bin Jumri. Seramai 20 orang murid tahap 2 yang terpilih telah terlibat menyertai acara ini. Selesai sahaja khatam Al-Quran, majlis kemudian diteruskan dengan ucapan perasmian penutupan oleh bonda tercinta Pn Siti Habsah Binti Ahmad, Guru Besar SK Pulau Meranti. 

Seterusnya majlis diserikan lagi dengan 2 persembahan irama padang pasir iaitu nyanyian lagu arab 'Kun Anta' yang dipersembahkan oleh murid dari Kelas 3 Gemilang dan Kalam Jamaei'  dari Kelas 4 Gemilang. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada peserta khatam Al-Quran dan pemenang bagi acara yang telah dipertandingkan sepanjang Bulan Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan kepada yang tidak berjaya cuba lagi tahun hadapan. Jumpa lagi....Wa ilalliqa'.


LENSA KAMERA




No comments: