Friday, August 19, 2016

CERAMAH TEKNIK MENJAWAB BAHASA MALAYSIA BAGI MURID TAHUN 6

Tarikh   : 17 Ogos 2016 ( Rabu)
Masa     : 8.00 - 10.15 pagi
Tempat : Dewan SKPM


Ceramah teknik menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1 dan 2 bagi murid Tahun 6 telah diadakan pada 17 Ogos 2016 bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 10.15 pagi.  Murid-murid Tahun 6 sungguh bertuah kerana penceramah jemputan iaitu Encik Izalwan Bin Mukhtar dari SK Tun Dr. Ismail telah sudi menyampaikan ceramah beliau.

Melalui program ini, murid telah didedahkan kepada format baharu UPSR dan cara-cara menjawab menjawab mengikut skema pemarkahan yang betul. Murid juga diberi banyak pendedahan tentang penggunaan tatabahasa yang betul. Murid-murid mendapat banyak ilmu dan pengetahuan yang dapat dijadikan panduan untuk menjawab soalan UPSR kelak. Semoga murid-murid dapat menjawab dengan baik dalam peperiksaan UPSR dan beroleh keputusan yang cemerlang. 
Encik Nordin selaku pengacara

Encik Izalwan menyampaikan ceramah beliau

Mendengar ceramah
Mendengar ceramah









Penyampaian cenderahati daripada pihak sekolah
Disediakan oleh,

Panitia Bahasa Malaysia 2016,
SKPM.

No comments: