Friday, September 2, 2016

Majlis Restu Ilmu UPSR 2016

Pada 2 September 2016, Jumaat Panitia Agama Islam & Unit Bimbingan Dan Kaunseling menganjurkan majlis restu ilmu bagi calon UPSR 2016.

Majlis Restu Ilmu merupakan langkah dan persediaan akhir calon-calon UPSR sebelum menghadapi peperiksaan. Majlis ini juga dimulakan dengan program bacaan Yassin untuk memperkukuhkan rohani, menaikkan semangat murid dan guru-guru.

Majlis Restu Ilmu ini dilaksanakan bagi memastikan semua murid tahun 6 mendapat restu ilmu yang diajar oleh guru-guru mereka dari Pra hingga tahun 6.



PROGRAM BACAAN YASSIN


ADIK HAKIMI AIMAN WAKIL MURID, MENYAMPAIKAN UCAPAN MURID





Ucapan Wakil guru setiap tahun.
Pra   : Pn. Norjaya
Thn 1   : Datin Noraizah
Thn 4   : En. Ibrahim
Thn 5   : En. Nordin
Thn 6   : Pn. Noni
Ucapan Pn. Guru Besar
En. Yusnizan melafazkan ikrar guru





Adik Hakimi Aiman melafazkan ikrar murid










Murid bersalaman dengan guru-guru

   
Murid diberi buah kurma








Ustaz Hairul Bin Osman JKKP mewakili YB Shahrum Bin Dato Mohd Sharif ADUN Kawasan Dengkil menyampaikan sumbangan alat tulis kepada calon UPSR SKPM.

No comments: