Tuesday, September 29, 2020
LAPORAN BERTUGAS MINGGU KE 37 (SESI PETANG)
Monday, September 28, 2020
LAPORAN BERTUGAS MINGGU KE-37 (SESI PAGI)
Tarikh: 28 September -2 Oktober, 2020
Guru Bertugas (Kumpulan 6)
Pn. Hayati Bt Kamis
En. R.Gopi Rangaya
Pn. Nor Diana Bt. Amiruddin
Pn. Noni Bt. Said
Pn. Norhalida Bt. Ishak
Tugas-tugas:
1. Memantau pergerakan murid di pintu pagar utama.
2. Memantau pengambilan suhu murid di dataran berbumbung dan di hadapan kelas tahun 1.
3.Mengawal pergerakan murid semasa membeli makanan di kantin dan dataran berbumbung pada waktu rehat.
4. Memantau pergerakan murid-murid pada waktu tamat persekolahan untuk mengelakkan kesesakan di laluan balik sekolah dan pintu pagar utama.
5. Memastikan murid-murid sentiasa berada pada jarak yang ditetapkan.
Wednesday, September 23, 2020
Perjumpaan Kokurikulum UB kali ke 6 2020
Perjumpaan kali ke 6 tahun 2020
Hari: Rabu
Tarikh: 23/09/2020
Masa: 12.50 tghari - 2.20 petang
Aktiviti:
1.PPK: Taklimat pengurusan rumah dan permainan
2. PPPT: Pemakanan sihat
3. PPIM: Kolaj logo Hari Kebangsaan
4. TKRS: Arahan Kawad
5. BBSM: Penjagaan kesihatan ketika covid 19 dan amali cara membasuh tangan yang betul
PPIM
Monday, September 21, 2020
LAPORAN BERTUGAS MINGGU 36 (SESI PAGI)
LAPORAN BERTUGAS MINGGUAN
MINGGU : 36
21 SEPTEMBER 2020 - 25 SEPTEMBER 2020
Sepanjang minggu, guru bertugas hendaklah :-
- Memantau pergerakan murid masuk ke kawasan sekolah pada waktu pagi.
- Mengucapkan selamat kepada murid-murid sejajar dengan amalan penyayang.
- Memastikan murid menggunakan laluan yang betul menuju ke kaunter suhu.
- Memantau pengambilan suhu murid di dataran berbumbung bagi murid tahun 4 dan 6. Manakala murid tahun 1 dan 5 bertempat di tapak perhimpunan. Bagi murid prasekolah pula, pengambilan suhu di hadapan kelas prasekolah masing-masing.
- Mengawal pergerakan murid semasa membeli makanan pada waktu rehat di dataran berbumbung dan kantin.
- Memantau pergerakan murid pada tamat waktu persekolahan untuk mengelakkan kesesakan di pintu pagar utama.
- Sentiasa mengingatkan murid-murid untuk menjaga jarak dan SOP yang ditetapkan.
![]() |
Laluan masuk |
![]() Mengambil bacaan suhu murid |
Saturday, September 19, 2020
MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2019
MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2019
DAN
SAMBUTAN HARI LAHIR GURU DAN STAF BULAN OGOS - SEPTEMBER
Hari : Jumaat
Tarikh : 18 September 2020
Masa : 7.30 pagi - 8.45 pagi
Tempat : Pusat Sumber SK Pulau Meranti
PENGENALAN
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang adalah satu penganugerahan kepada warga pendidik dan kakitangan sokongan. Anugerah ini diberikan kepada warga sekolah yang memberikan perkhidmatan cemerlang sepanjang tahun 2019.
MATLAMAT
1. Menghargai potensi guru dalam pelbagai bidang.
2. Memberi galakan dan dorongan kepada warga sekolah dalam mencapai kejayaan
https://anyflip.com/vpbrt/drid/
Friday, September 18, 2020
KITAR SEMULA KOTAK SUSU SEKOLAH
Nama Program: Kitar Semula Kotak Susu Sekolah
Anjuran: Unit Susu Sekolah, SKPM
Penceramah: Tetra Pax (www.tetrapax.com)
Objektif: 1. Memberi kesedaran kepada murid-murid akan kepentingan kitar semula
2. Menghargai alam sekitar dan tumbuh-tumbuhan
Sasaran: Murid-murid kelas 3 Mawar 33 orang bersama 2 orang guru dan pekerja sekolah
Tarikh/Hari: Selasa/ 15 September 2020
Masa: 2.10-3.00 petang
Pengisian: 1. Cermah tentang kitar semula kotak susu sekolah
2. Kuiz untuk murid-murid
3. Agihan beg kitar semula dan penerangan kepada pekerja sekolah
4. Penyampaian poster dan cenderahati kepada pihak sekolah
5. Sesi bergambar
kelebihan program:
1. Memberi maklumat kepada murid-murid tentang kepentingan menjaga alam sekitar
2. Memberi ruang kepada pihak sekolah mewujudkan suasana bersih dan menjana idea untuk menghasilkan projek daripada kutipan wang jualan kotak susu
Kekurangan:
1. Masa yang singkat dan peluang yang terhad untuk murid-murid kerana satu kelas yang terlibat kerana dilaksanakan pada musim pkpp.
Terima kasih.
Tuesday, September 15, 2020
LAPORAN BERTUGAS MINGGU KE-35 (SESI PAGI)
Laporan Bertugas Minggu Ke-35 (Sesi pagi)
Tarikh: 14 September -18 September, 2020
Guru Bertugas (Kumpulan 4)
- Pn.Nor Hanim
- Pn. Suzila
- Pn. Norazmah
- En. Mohamad Nasrul Afiq
Tugas-tugas
1. Memantau pergerakan murid di pintu pagar utama.
2. Memantau pengambilan suhu murid di dataran berbumbung dan di hadapan kelas tahun 1
3.Mengawal pergerakan murid semasa membeli makanan di kantin dan dataran berbumbung pada waktu rehat.
4. Memantau pergerakan murid-murid pada waktu tamat persekolahan untuk mengelakkan kesesakan di lalauan balik sekolah dan pintu pagar utama.
5. Memastikan murid-murid sentiasa berada pada jarak yang ditetapkan.
Monday, September 7, 2020
LAPORAN BERTUGAS MINGGU KE-34 (SESI PAGI)
Tarikh: 7 September 2020 - 11 September 2020
Guru Bertugas ( Kumpulan 3)
- Cik Najwa bt Abd Wahab
- Pn. Rabiatul Adawidyah bt Idris
- Pn. Suriatie bt Che Lah
- Pn. Shurainee Hanim bt Mohd Nor
- En. Khiril Nizam bin Abu Bakar
Tugas-tugas Guru bertugas:
- Memantau pergerakan murid di pintu pagar utama dan pondok jaga.
- Ambil suhu murid di dataran berbumbung oleh guru kelas (Tahun 4 dan Tahun 6)
- Ambil suhu murid di dataran perhimpunan oleh guru kelas (Tahun 1 dan Tahun 5)
- Mengawal pergerakan murid di kantin semasa rehat Tahun 1 ( Dataran Berbumbung) dan Tahun 6 (Kantin)
- Mengawal pergerakan murid di kantin semasa rehat Tahun 4 ( Dataran Berbumbung) dan Tahun 5 (Kantin)
- Murid membeli makanan dan makan di kelas masing-masing.
- Memantau pergerakan murid waktu balik bagi mengelakkan kesesakan dan memastikan murid berada pada jarak yang ditetapkan.