Wednesday, January 15, 2025

HARI BICARA AKADEMIK SESI PETANG & PENYAMPAIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN SECARA TUNAI

 Pada 15 Januari 2025- Rabu, bermula pukul 2.00 petang hingga 4 petang pihak sekolah telah menganjurkan Hari Bicara Akademik serta Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan secara Tunai.

Objektif Penyerahan Slip PBD Adalah :

  1. Memberi Maklum Balas Akademik

    • Menyampaikan pencapaian muridkepada ibu bapa secara rasmi.
    • Memberi gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai subjek berdasarkan pentaksiran berasaskan bilik darjah.
  2. Menggalakkan Penglibatan Ibu Bapa

    • Meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam proses pendidikan anak-anak.
    • Memberi peluang kepada ibu bapa untuk berinteraksi dengan guru bagi memahami kekuatan dan kelemahan pelajar.
  3. Menyediakan Ruang Perbincangan

    • Membolehkan guru dan ibu bapa berbincang tentang strategi peningkatan prestasi murid.
    • Memberi cadangan penambahbaikan kepada murid berdasarkan prestasi semasa.
  4. Memupuk Tanggungjawab Pelajar

    • Membantu murid memahami kepentingan penilaian dan hasil pembelajaran mereka.
    • Menggalakkan murid untuk mengambil tindakan proaktif dalam meningkatkan prestasi.
  5. Memperkasakan Kolaborasi

    • Mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa sebagai rakan strategik dalam pendidikan.

Objektif BantuanAwal Persekolahan (BAP)

  1. Meringankan Beban Kewangan

    • Memberi bantuan kewangan kepada murid yang memerlukan untuk membeli keperluan persekolahan seperti buku, alat tulis, dan pakaian seragam.
    • Mengurangkan tekanan kewangan kepada keluarga murid, terutama mereka dari golongan B40.
  2. Menggalakkan Penyertaan Persekolahan

    • Membantu memastikan semua murid dapat memulakan sesi persekolahan dengan kelengkapan yang mencukupi.
    • Mengurangkan kadar keciciran murid akibat masalah kewangan.
  3. Menyokong Pendidikan Berkualiti

    • Memberi peluang kepada murid untuk belajar dalam persekitaran yang lebih kondusif tanpa kekurangan keperluan asas.
    • Meningkatkan motivasi murid untuk terus cemerlang dalam akademik

LENSA KAMERA







Monday, January 13, 2025

Program Sesi Petang Kreativiti Dan Seni "Seni & Inspirasi; Ekspresi Minda

 Pada 13 Januari 2025, Isnin - Unit Bimbingan dan Kaunseling telah melaksanakan aktiviti program selepas minggu akademik yang bertajuk Program Kreativiti Dan Seni "Seni & Inspirasi; Ekspresi Minda.

Objektif program adalah :

  • Memberi ruang kepada pelajar untuk menonjolkan bakat dan kreativiti mereka.
  • Menggalakkan ekspresi seni sebagai medium komunikasi yang positif.
  • Menyediakan platform untuk pelajar menghargai seni dan budaya
  •                     

    RPH TAHUN 1, 2 & 3

    LENSA KAMERA HASIL PERLAKSANAAN AKTIVITI
















    Sunday, January 12, 2025

    MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN MURID SESI 2024/2025 (SIDANG 2)


    Syukur ke hadrat Illahi kerana Majlis Apresiasi Kecemerlangan Murid sesi 2024/2025 (Sidang ke-2) telah berjalan lancar pada 11 Januari 2025 di Dewan Pulau Meranti. Walaupun cuaca mendung dan ada kala hujan renyai, namun suasana disinari kegembiraan murid-murid yang menerima anugerah. Majlis ini merupakan majlis kemuncak untuk memberi pengiktiran dan anugerah khas kepada murid yang cemerlang dalam bidang kurikulum, hal ehwal murid serta kokurikulum. Perasmian untuk majlis yang penuh bermakna ini disempurnakan oleh En. Mohd. Hazril bin Harun, Pegawai Khas Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sepang. Tetamu kehormat yang turut hadir dalam majlis ini ialah En. Shaiful Bahri bin Ghazali, Timbalan PPD Sepang Sektor Pengurusan Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Sepang, Tuan Haji Dr. Rohimi bin Noor, Ahli Jawatankuasa JPP Pulau Meranti, Pn. Mastura binti Md Noor, En Azwan Hazlee bin Aminuddin, YDP SK Pulau Meranti, Puan Aisha binti Saleh, NYDP SK Pulau Meranti dan AJK PIBG.

    Sekalung penghargaan kepada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sepang, SMART, JPKK Pulau Meranti, MP Sepang, JPP Pulau Meranti dan individu perseorangan yang sama-sama menyumbang dalam menjayakan majlis ini. Terima kasih juga kepada jawatankuasa PIBG, jawatankuasa majlis, semua warga SKPM dan semua yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung untuk memastikan majlis dapat berjalan seperti yang dirancang.


    Anugerah yang telah disampaikan dalam majlis ialah:

    ➤ Anugerah Pemulihan Khas

    -Anugerah Intan

    -Anugerah Permata

    -Anugerah Mutiara


    ➤Anugerah Nilam 

    -Tokoh Nilam Tahap 1

    -Tokoh Nilam Tahap 2

    -Anugerah Sinaran Bintang


    Penyampaian Khas - Unit Hal Ehwal Murid

    -Pengawas sekolah (Tahun 6)

    -Pengawas SPBT (Tahun 6)

    -Pengawas ICT (Tahun 6)

    -Pengawas Pusat Sumber (Tahun 6)

    -Pembimbing Rakan Sebaya (Tahun 6)

    -Pengawas PPDa (Tahun 6)

    -Ketua Kelas & Penolong Ketua Kelas (Tahun 1-6)

    -Kehadiran Penuh (Tahun 1-6)


    Penyampaian Khas Unit Kokurikulum

    -Tokoh Unit Beruniform 

    -Tokoh Kelab / Persatuan

    -Tokoh Sukan / Permainan

    -Pencapaian Terbaik Antarabangsa

    -Pencapaian Terbaik Kebangsaan

    -Tokoh Harapan Kokurikulum'


    Anugerah Citra Bestari (Tahun 1-6)

    Anugerah Tokoh Murid

    -Sinar Bestari

    -Sinar Nurani

    -Sinar Kesatria


    Anugerah Perdana

    -Anugerah Tokoh Bitara


    Berikut ialah atur cara majlis:





    LENSA KAMERA



    Pendaftaran

    Ketibaan tetamu kehormat disambut dengan paluan kompang


    Tetamu kehormat, jemputan dan pentadbir

    Ucapan guru besar, Pn. Norlita dan En. Hazril

    Gimik perasmian disempurnakan oleh En. Hazril bin Harun

    Penyampaian cenderahati


    Persembahan 1 - Tarian

    Persembahan 2 - Nasyid

    Anugerah Intan, Anugerah Permata dan Anugerah Mutiara (Pemulihan Khas)


    Anugerah Tokoh Nilam Tahap 1 - REI QURAIN

    Anugerah Nilam Tahap 2 - NUR AMANDA SAFIYYAH

    Anugerah Sinaran Bintang (NILAM)
    Anugerah Citra Bestari (Tahun 1-6)-5 orang setiap kelas

    Pengawas Sekolah (Tahun 6)

    Pengawas Sekolah (Tahun 6)

    Pengawas SPBT (Tahun 6)

    Pengawas ICT (Tahun 6)

    Pengawas Pusat Sumber (Tahun 6)

    Pembimbing Rakan Sebaya-PRS (Tahun 6)

    Pengawas PPDa (Tahun 6)

    Anugerah Kedatangan Penuh

    Anugerah Kedatangan Penuh

    Ketua kelas dan penolong ketua kelas Tahun 1-6

    Tokoh Harapan Sahsiah (Tahun 5) - IMAN ZIQRI

    Tokoh Harapan Sahsiah (Tahun 5) - AMIRAH RANIA

    Tokoh Unit Beruniform (PPT) - AZRA ZAHIRA

    Tokoh Unit Beruniform (PKK) - ARIEF HAZIMI

    Tokoh Kelab / Persatuan - NUR FARAH HANNAH

    Tokoh Kelab / Persatuan - ARIFF NADZMI

    Tokoh Sukan / Permainan - bola sepak
    -MUHAMMAD AQEEF IZDIYAD

    Pencapaian Terbaik Antarabangsa - PPT
    -AZRA ZAHIRA

    Pencapaian Terbaik Antarabangsa - bola sepak
    - MUHAMMAD ZIYAD HADIF

    Pencapaian Terbaik Kebangsaan (PPT) - PUTRI AYRA SOFEA

    Pencapaian Terbaik Kebangsaan (PKK) - ARIFF NADZMI

    Tokoh Harapan Kokurikulum (Tahun 5) - Kelab Olahraga
    ISAAC IZUDDIN

    Tokoh Harapan Kokurikulum (Tahun 5) - PPT -BATRISYA QISTINA

    Tokoh Sinar Bestari - AZRA ZAHIRA

    Tokoh Sinar Nurani - KHAIRUL FATIH AL-FAQIH

    Tokoh Sinar Kesatria - NUR FAZYA HANNY

    Anugerah Perdana 🎉Tokoh Bitara - AZRA ZAHIRA


    Antara ibu bapa yang hadir


    Jualan bouquet

    photobooth 

    Jumpa lagi tahun hadapan