Wednesday, June 18, 2025
Monday, June 16, 2025
LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE-17 SESI PETANG
Tarikh : 16 Jun - 20 Jun 2025
Minggu : 17
Tempat : Dataran Berbumbung
Tema : Ikhlas
Kumpulan: 4
Guru Bertugas :
1. Cik Khairunnisa Syazrin (Ketua)
2. Pn. Norsaliza
3. En. Shamsoe Riza
4. Pn. Shurainee Hanim
PERHIMPUNAN RASMI:
AKTIVITI:
Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah
- Pengacara Majlis : Cik Khairunnisa Syazrin
- Bacaan doa : Aariz Nadzmi (2 Cengal)
- Ikrar Rukun Negara : Dhia Nisrina (2 Cengal)
- Ikrar Murid : Putri Awra Sofea (2 Cengal)
UCAPAN GURU BERTUGAS PADA MINGGU INI
- Disampaikan oleh Cik Khairunnisa Syazrin.
- Murid diperkenalkan dengan guru bertugas pada minggu ini dan dimaklumkan jika ada apa-apa masalah boleh berjumpa guru bertugas.
- Murid diterangkan tentang tema pada minggu ini iaitu ikhlas. Murid dijelaskan tentang pengertian ikhlas dan contoh perbuatan ikhlas.
- Murid diingatkan tentang keselamatan di sekolah memandangkan kerja-kerja pengubahsuaian sekolah masih berjalan.
- Murid perlu lalu di laluan yang ditetapkan untuk bergerak ke kelas, ke kantin dan sebagainya.
- Murid dimaklumkan tentang kedudukan kelas dan kedudukan tandas murid lelaki serta perempuan.
PENYAMPAIAN HADIAH PEMENANG PERTANDINGAN MEWARNA ART HOUR TAHUN 2
- disampaikan oleh Pn. Parimala, GPK Petang.
PROMOSI BUKU KELUARAN ANA MUSLIM
- Disampaikan oleh Pn. Amiratul Arifah.
- Murid diperkenalkan dengan 4 buku iaitu 2 buku untuk budak perempuan dan 2 buku untuk budak perempuan dan 2 buku untuk budak lelaki.
- Buku-buku keluaran ANA MUSLIM telah dibuka untuk jualan dan tempahan oleh Pusat Sumber Sekolah.
Perhimpunan ditangguhkan pukul 1.30 petang dan murid bergerak ke kelas masing-masing dengan iringan guru.
Subscribe to:
Posts (Atom)