Monday, February 23, 2015

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 7

Tarikh : 23 Februari 2015
Hari    : Isnin
Masa  : 7.20 - 8. 00 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SK Pulau Meranti

Guru bertugas :
1. En. Yusnizan bin Marzuki
2. Pn. Siti Syamsiddar binti Bagimin
3. Pn. Siti Juitah binti Ibrahim
4. Pn Mazlinda binti Ismail
5. Pn. Cheng Wai Ling

Aktiviti :
Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu rasmi sekolah.
Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Cikgu Yusnizan Marzuki.
Bacaan doa oleh Mohd Aniq.
Bacaan Ikrar Murid dan Ikrar Jalan raya oleh Mohd Aidil.

Ucapan guru bertugas minggu ke 6 oleh Puan Roshida binti Nayan.
1. Murid-murid hendaklah sentiasa peka terhadap tanggungjawab memastikan lampu dan kipas di dalam kelas dimatikan selepas selesai sesi persekolahan.
2.Murid-murid hendaklah sentiasa memastikan kehadiran awal ke sekolah sebelum 7.30 pagi.
3.Murid-murid tahap satu hendaklah menikmati makanan di tempat yang disediakan serta tidak makan di tempat yang tidak sesuai seperti di laluan berbumbung dan di atas jalan berturap (tar).

Ucapan guru bertugas mingguan oleh Encik Yusnizan bin Marzuki
Pengertian tanggungjawab adalah sangat luas, sikap bertanggungjawab merupakan kewajipan setiap orang maka sesiapa yang tidak menjalankannya dianggap tidak menjalankan amanah.
Murid-murid hendaklah mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap:
1. Tanggungjawab terhadap Allah swt, sikap tanggungjawab terhadap Allah swt ialah mengikuti segala suruhan dan meninggalkan segala larangan.
2.Tanggungjawab terhadap ibu dan bapa, menghormati ibu dan bapa merupakan amalan yang dituntut ke atas setiap anak-anak yang telah dilahirkan. Ianya merangkumi amalan-amalan yang sepatutnya dilakukan oleh setiap anak.
3. Tanggungjawab terhadap diri-sendiri dengan menjaga amanah yang telah Allah berikan kepada setiap manusia.


Ucapan oleh Yang Berusaha Guru Besar SK Pulau Meranti, Puan Siti Habsah binti Ahmad
1.Guru Besar mengingatkan setiap murid-murid supaya mengambil berat tentang nasihat yang diberikan oleh Puan Roshida dan Encik Yusnizan.
2.Guru Besar juga mengingatkan setiap murid bahawa pada hari Sabtu ini akan diadakan Mesyuarat Agung PIBG SK Pulau Meranti kali ke 40, setiap murid diminta mengingatkan ibu dan bapa supaya hadir  menjayakan Mesyuarat Agung tersebut.
3.Guru Besar mengingatkan kepada murid-murid supaya bersedia untuk menghadapi Ujian Formatif 1 yang akan dijalankan pada minggu hadapan

Minggu ini juga telah bermulanya Program Mentor Mentee untuk semua kelas. Program ini telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Pulau Meranti.




Majlis perhimpunan diakhiri dengan nyanyian lagu "Malaysia Berjaya".

Laporan disediakan oleh:
Puan Siti Syamsiddar Bagimin



No comments: