Monday, April 18, 2016

Laporan Perhimpunan Minggu 15

Tema: Disiplin Diri
Perhimpunan Beruniform: BSMM (Bulan Sabit Merah Malaysia)

Tarikh: 18 April 2016
Masa: 7.30am -8.15 am
Tempat: Dataran Perhimpunan



Guru Bertugas
1. En. Ridzuan Amir b. Mohamad
2. Pn. Hayati bt Kamis
3. Pn. Diana bt Mohd Yusoff
4.Pn. Norhalida bt Ishak



Dipengerusikan oleh Ahli BSMM: Siti Azzura bt Walidin (6W)



1. Nyanyian 3 buah lagu:
     a) Lagu Negaraku
     b) Lagu Negeri Selangor
     C) Lagu Sekolah

2. Bacaan doa oleh adik Aniq b. Amin

3. Bacaan Ikrar
     a) Rukunegara - Pn. Hayati bt Kamis

     b) Ikrar Sekolah- adik Syamimi Amira
     C) Ikrar Jalan raya- adik Nadia Amani

4. Ucapan Guru Bertugas Minggu Lepas
- Disampaikan oleh Pn. Norjaya bt Sumaleh
- Menegur sikap murid Tahun 1 supaya beratur dalam barisan sebelum ke kantin waktu rehat. Murid juga dinasihatkan beratur semasa waktu pulang dan jangan berlari.
- Murid Tahun 4, 5 dan 6 pula suka melengahkan masa bila loceng masuk ke kelas berbunyi.
- Ada sesetengah murid 4W suka mencarut. Mereka dinasihatkan supaya bercakap dengan sopan.

  


5. Pesanan: Daripada Cikgu Salinda, semua murid diminta menghantar buku Nilam kepada guru kelas masing-masing.

6. Tema: Disiplin Diri oleh Siti Azzura
- Disiplin diri bermaksud melakukan perkara-perkara yang baik untuk kebaikan diri sendiri.
- Semua murid dinasihatkan supaya sentiasa berdisiplin supaya menjadi murid yang cemerlang dunia & akhirat.

7. Sejarah dan Prinsip Asas BSMM
- Disampaikan oleh adik Natasya Nazira.
- BSMM peringkat dunia dikenali sebagai PALANG MERAH. Ianya diasaskan oleh Jean Henry Dunant.



8. Pelancaran Minggu PPDA
    - bermula 18-22 April 2016.
   - Slogan PPDA “SKPM BENCI DADAH”
   - Dirasmikan oleh Guru Besar SKPM, Puan Siti Habsah bt Ahmad.

Cikgu Yusnizan

                                                        Tandatangan SKPM benci Dadah

 Pelancaran Minggu PPDA

Persembahan Nyanyian PPDA daripada 5G

Penyampaian Sijil PPDA


9. Penyampaian Hadiah Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas
  - Tarikh 4-8 April 2016
  - Tahap 1 dimenangi oleh 1 Dinamik, manakala Tahap 2 dimenangi oleh 4 Gemilang.
  - Keseluruhan sepanjang Bulan Mac dimenangi oleh Tahap 1 (1 Wawasan) dan Tahap 2(6 Gemilang)

1 Dinamik

4 Gemilang

10. Nyanyian Malaysia Berjaya

Disediakan oleh: Puan Diana binti Mohd Yusoff

No comments: