- Tarikh : 25 April 2016
- Masa : 7.30 hingga 8.00 pagi
- Tempat : Dataran Perhimpunan
Guru Bertugas Sesi Pagi:
- Pn. Suriatie bt Che Lah
- Pn. Nirawaty bt Mohd Nor
- Pn. Sarifah bt Saini
- En. R.Gopi a/l Rangaya
Aktiviti
- Pengerus Majlis : Pn. Saripah bt Saini
- Nyanyian :
- Lagu Negaraku
- Lagu Negeri Selangor
- Lagu Sekolah
Dikendalikan
oleh Minhaj Kushairi (5G)
- Bacaan Doa`: Adham Aiman bin Yusnizan (5 Gemilang)
- Ikrar Rukun Negara`: Pn. Saripah bt Saini
- Ikrar Sekolah : Nur Alya Damia bt Hasniruddin (6 Gemilang)
- Ikrar Keselamatan Jalan Raya : Pn. Saripah bt Saini
Ucapan
Guru Bertugas
Tema : Sayangi Keluarga
- Disampaikan oleh Pn. Saripah bt Saini
- Menjelaskan maksud keluarga iaitu satu kumpulan manusia yang mempunyai hubungan darah atau pertalian sah seperti perkahwinan dan pengambilan anak angkat.
- Keluarga perlu disayangi dan dihormati.
- Di sekolah pula seluruh warga sekolah adalah satu keluarga. Jadi, perlu ada sikap saling menghormati dan menyayangi antara satu sama lain.
- Disampaikan oleh Pn. Hayati bt Kamis
- Murid tidak dibenarkan berlari-lari semasa rehat dan semasa pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Contoh dari kelas ke tandas atau dari kelas ke Pusat Sumber. Murid perlu mempunyai sikap berdisiplin.
- Murid perlu membawa dan minum air masak dengan banyak pada musim panas bagi mengelakkan dehidrasi dan mengekalkan kegergasan badan.
- Murid tidak dibenarkan melalui kawasan yang telah diletakkan tanda larangan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Ucapan
Guru Pusat Sumber
- Disampaikan oleh Pn. Salinda bt Kadri
- Memaklumkan tentang Program Jom Membaca Bersama selama 10 minit yang akan diadakan pada hari ini 25 April 2016 bermula jam 11.00 pagi hingga 11.10 pagi.
- Setiap bacaan perlu dicatat dalam buku NILAM.
- Pengilibatan program ini adalah semua murid, guru dan staf.
Hal-hal
Lain
- Penyampaian anugerah kepada kelas terbersih dan ceria pada minggu lepas.
- Tahap 1: 1 Cemerlang
- Tahap 21: 5 Gemilang
Perhimpunan diakhiri dengan nyanyian lagu Malaysia Berjaya.
No comments:
Post a Comment