Monday, April 25, 2016

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI SESI PAGI MINGGU 16 2016

  • Tarikh : 25 April 2016
  • Masa : 7.30 hingga 8.00 pagi
  • Tempat : Dataran Perhimpunan

 Guru Bertugas Sesi Pagi:
  1. Pn. Suriatie bt Che Lah
  2. Pn. Nirawaty bt Mohd Nor
  3. Pn. Sarifah bt Saini
  4. En. R.Gopi a/l Rangaya

 Aktiviti
  • Pengerus Majlis : Pn. Saripah bt Saini
  • Nyanyian 
  1. Lagu Negaraku
  2. Lagu Negeri Selangor
  3. Lagu Sekolah
Dikendalikan oleh Minhaj Kushairi (5G)

  • Bacaan Doa`: Adham Aiman bin Yusnizan (5 Gemilang)
  • Ikrar Rukun Negara`: Pn. Saripah bt Saini
  • Ikrar Sekolah : Nur Alya Damia bt Hasniruddin (6 Gemilang)
  • Ikrar Keselamatan Jalan Raya : Pn. Saripah bt Saini




Ucapan Guru Bertugas
Tema  : Sayangi Keluarga
  • Disampaikan oleh Pn. Saripah bt Saini
  • Menjelaskan maksud keluarga iaitu satu kumpulan manusia yang mempunyai hubungan darah atau pertalian sah seperti perkahwinan dan pengambilan anak angkat.
  • Keluarga perlu disayangi dan dihormati.
  • Di sekolah pula seluruh warga sekolah adalah satu keluarga. Jadi, perlu ada sikap saling menghormati dan menyayangi antara satu sama lain.

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas

  • Disampaikan oleh Pn. Hayati bt Kamis
  • Murid tidak dibenarkan berlari-lari semasa rehat dan semasa pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Contoh dari kelas ke tandas atau dari kelas ke Pusat Sumber. Murid perlu mempunyai sikap berdisiplin.
  • Murid perlu membawa dan minum air masak dengan banyak pada musim panas bagi mengelakkan dehidrasi dan mengekalkan kegergasan badan.
  • Murid tidak dibenarkan melalui kawasan yang telah diletakkan tanda larangan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.


Ucapan Guru Pusat Sumber
  • Disampaikan oleh Pn. Salinda bt Kadri
  • Memaklumkan tentang Program Jom Membaca Bersama selama 10 minit yang akan diadakan pada hari ini 25 April 2016 bermula jam 11.00 pagi hingga 11.10 pagi.
  • Setiap bacaan perlu dicatat dalam buku NILAM.
  • Pengilibatan program ini adalah semua murid, guru dan staf.

Disiplin Murid
             : Baik dan terkawal
 Hal-hal Lain

  • Penyampaian anugerah kepada kelas terbersih dan ceria pada minggu lepas.
  1. Tahap 1: 1 Cemerlang
  2. Tahap 21: 5 Gemilang    
 


Perhimpunan diakhiri dengan nyanyian lagu Malaysia Berjaya.

No comments: