Thursday, April 28, 2016

PROGRAM KAWAD KEBAKARAN 1/2016

Pulau Meranti, 28 April 2016 - Satu program latihan kawad kebakaran telah dilaksanakan pada hari ini. Latihan Kebakaran 1 adalah salah satu latihan di bawah Unit Keselamatan SK Pulau Meranti. Tujuan latihan ini diadakan untuk meningkatkan tahap kesediaan murid-murid semasa menghadapi situasi kebakaran di sekolah. Secara rasionalnya ia dapat memupuk sikap peka di kalangan murid-murid dan kakitangan SK Pulau Meranti dengan situasi kebakaran yang sebenar. Antara objektifnya ialah memberi pendedahan kepada latihan kebakaran, memupuk sikap sentiasa bersiap sedia dalam apa jua situasi dan meningkatkan pengetahuan tentang situasi kebakaran. Ucapan syabas dan terima kasih kepada AJK Tertinggi dan semua warga SK Pulau Meranti kerana telah menjayakan program ini. "Tingkatkan Prestasi, Kejayaan Pasti Di Puncak Tertinggi".


LENSA KAMERA 
KAWAD KEBAKARAN 1/2016

Encik Nordin memberi taklimatan kebakaran kepada semua murid.

Murid-murid beratur mengikut kelas masing-masing.

Guru kelas mengira bilangan murid.

Guru Prasekolah mengira bilangan anak muridnya.



Murid-murid baratur dalam barisan.

Murid bersiap sedia untuk ke padang.

No comments: