Saturday, July 23, 2016

PROGRAM BIMBINGAN KASIH MURID TAHUN 1, 2 & 3 (LINUS 2.0 2016)

SABTU - 23 JULAI 2016, bertempat di Dewan SK Pulau Meranti telah berlangsung satu program anjuran Jawatankuasa LINUS iaitu PROGRAM BIMBINGAN KASIH MURID TAHUN 1, 2 DAN 3. Program ini telah dihadiri oleh lebih kurang 40% ibu bapa / penjaga murid-murid LINUS bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada ibu bapa berkenaan pencapaian anak-anak mereka selepas Ujian Saringan 1 LINUS 2.0 yang lalu. 

Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengacara Majlis, Pn. Rose Halina bt Jedin dan diikuti oleh bacaan doa oleh En. Ibrahim bin Zainuddin. Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, En. Mohd Azmin bin Atan di mana beliau berharap bantuan ibu bapa / penjaga membantu anak-anak membuat latihan dan ulangkaji modul yang dibekalkan bagi membolehkan anak-anak mereka melepasi semua konstruk Ujian Saringan 2 LINUS 2.0 yang akan berlangsung pada bulan Ogos nanti.

Seterusnya, taklimat dan perbentangan Kontruk 1 hingga 12 Literasi Bahasa Malaysia disampaikan oleh Pn. Saliza bt Ahmad Salleh dan Literasi Bahasa Inggeris disampaikan oleh YM Raja Izzurinawati bt Raja Shukri Amrun.

Acara pada pagi ini diteruskan dengan runding cara antara ibu bapa dan guru di mana ibu bapa diberi penjelasan dengan lebih terperinci kedudukan anak-anak mereka pada konstruk tertentu. Ibu bapa diberi tunjuk ajar bagi membantu anak-anak di rumah. Program berakhir sepenuhnya pada jam 11.30 pagi. 

Diharap program ini dapat membantu murid-murid dan pihak sekolah bagi merealisasikan hasrat mencapai Sifar LINUS selepas Saringan 2 nanti.

Sesi Pendaftaran Ibu Bapa 
Sesi Pendaftaran Ibu Bapa
Sesi Pendaftaran Ibu Bapa
Ucapan GPK Pentadbiran, En. Mohd Azmin
Taklimat Kontruk LINUS 2.0 Bahasa Malaysia, Pn. Saliza
Taklimat Kontruk LINUS 2.0 Bahasa Inggeris, YM Raja Izzurinawati
Sesi Runding Cara bersama Ibu Bapa
Sesi Runding Cara Bersama Ibu Bapa
Sesi Runding Cara Bersama Ibu Bapa

No comments: