Tempat: Dataran Berbumbung SKPM
Masa: 3.40 - 4.10 petang
Guru Bertugas :
1. En. Ibrahim bin Zainuddin
2. Pn. Nasibah binti Sairi
3. Pn. Rose Halina binti Jedin
Pengerusi Majlis : Pn. Rose Halina binti Jedin
Acara perhimpunan mingguan dimulakan dengan menyanyikan 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
Seterusnya diteruskan dengan bacaan doa yang dibacakan oleh Adham Fahmi bin Yusnizan, Ikrar Rukun Negara oleh Pn. Rose Halina, Ikrar Murid oleh Aiza Aryana dan Ikrar Keselamatan oleh Norasyikin binti Rosley.
Laporan guru bertugas minggu lepas:
Pn. Mahfuzah melaporkan mengenai disiplin murid ketika di kantin, ditempat perhimpunan, waktu rehat dan disiplin dalam menepati masa kehadiran ke sekolah sebelum atau pada 1.20 petang.
Ucapan Guru bertugas Mingguan
Tema: Menghormati Pemimpin
Murid-murid diingatkan supaya menghormati pemimpin tertinggi negara, pemimpin sekolah dan pemimpin di dalam kelas. Memberi salam, hormat menghormati dan sentiasa beradab apabila bercakap dan bertemu dengan pemimpin.
Hal-hal lain :
1. Pemberian Kek Hari Lahir kepada murid yang menyambut Hari Lahir pada bulan Julai.
2. Penyampaian 'button' Anugerah Nilam, kepada murid yang dipilih sebagai pembaca terbanyak
sepanjang penggal 1 2016 .
Ucapan Guru Disiplin :
Pn. Nasibah mengingatkan kembali peraturan dan etika berpakaian formal pada hari Isnin. Murid diminta merujuk kembali buku disiplin yang telah dibeli dan hendaklah sentiasa dibawa ke sekolah.
Gambar aktiviti perhimpunan rasmi petang Minggu ke-27
Laporan ditulis oleh :Nasibah binti Sairi
No comments:
Post a Comment