Friday, October 28, 2016

PROGRAM PASCA UPSR 2016 - CERAMAH AWAL REMAJA DAN AKHIL BALIGH SERTA TATACARA MANDI WAJIB

SK PULAU MERANTI, 27 Oktober 2016 - Panitia Pendidikan Islam dan Unit Bimbingan & Kaunseling Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti telah berjaya menganjurkan Program Pasca UPSR 2016. Program ini melibatkan semua murid Tahun 6. Program ini bermula dengan Ceramah Awal remaja yang disampaikan oleh Pn. Sugunah iaitu Guru Kaunseling SK Pulau Meranti. Ceramah ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang transisi ke alam remaja dan perubahan dalam pelbagai aspek yang akan dialami oleh  murid-murid pada usia 12 tahun termasuklah biologi, psikologi dan seksologi

Program Pasca UPSR ini diteruskan dengan Tatacara Mandi Wajib yang dikelolakan di bawah Panitia Pendidikan Islam. Ia bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman serta tatacara yang betul dalam pengurusan mandi wajib. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu murid lelaki dan murid perempuan. Sebelum program bermula, taklimat telah disampaikan oleh Pn. Norhanim Ismail untuk murid perempuan dan En. Mohd Helmi bagi murid lelaki. Bagi memastikan aktiviti amali mandi wajib lebih praktikal dan berkesan murid-murid lelaki dibahagikan kepada tiga kumpulan di bawah pengawasan En. Yusnizan, En. Daud dan En. Mohd Helmi. Manakala murid perempuan dibahagikan kepada empat kumpulan di bawah pengawasan Pn. Norhanim, Pn. Norhalida, Pn. Maziana dan Pn. Hayati.

Semoga program ini memberi pengalaman dan ilmu yang berguna kepada semua murid tahun 6 untuk mereka praktikkan dalam kehidupan seharian berlandaskan tuntutan agama Islam.





wajah ceria sebelum amali mandi wajib


sejuk nak mandi

                                               

Taklimat ringkas tatacara mandi wajib oleh En. Mohd Helmi

Murid-murid teruja mendengar ceramah


Ceramah alam remaja oleh Pn. Sugunah

Post a Comment