Tuesday, June 20, 2017

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-22 ( SESI PAGI)


Tarikh : 19 Jun 2017 (ISNIN)
Masa   : 7.30 pagi -8.00 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SKPM


Guru Bertugas :
1. Pn. Che Mariah binti Ngah
2. Pn. Maziana binti Mustafar
3. Pn. Ainul Fathiah binti Muhd Fauzi

Aktiviti : (Minggu Ko-Kurikulum PBSM)

  • Pengerusi Majlis : Ulfah Umairah binti Azizi
  • Nyanyian tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
  • Bacaan Doa : Adham Aiman bin Yusnizan
  • Ikrar Rukun Negara : Pn. Che Mariah binti Ngah
  • Ikrar Murid : Muhammad Aniq bin Amin
  • Ikrar Keselamatan Jalan Raya : Farah Adibah binti Azian
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas:
  • Laporan disampaikan oleh En. Daud bin Aris
  • Beliau menyatakan tentang kehadiran lewat murid ke sekolah
  • Beliau berharap perkara tersebut tidak akan berulang pada minggu ini.


Ucapan Murid PBSM:
  • Ucapan disampaikan oleh Ulfah Umairah binti Azizi
  • Tema yang disampaikan adalah tentang Pemakanan Yang Sihat
  • Memaklumkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini iaitu Pn. Che Mariah, Pn. Maziana dan Pn. Ainul Fathiah.
  • Beberapa tips telah dikongsikan iaitu :
  • Pertama Amalan Sewaktu Bersahur. Waktu bersahur yang digalakkan adalah sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu imsak. Semasa bersahur, adalah digalakkan mengambil makanan  seperti nasi, roti ,biskut dan oat. 
  • Kedua, Amalan Sewaktu Berbuka Puasa . Mulakan dahulu dengan buah kurma kerana ia mengandungi fruktosa yang boleh memberi tenaga segera. Selain itu, buah kurma juga mengandungi enzim yang boleh membantu proses penghadaman untuk makanan yang kita makan seterusnya. 
  • Ketiga, Amalan Sewaktu Moreh (Makan Lewat Malam). Kita perlu mengambil snek ringkas seperti roti, biskut, sandwich atau kuih-muih juga dibenarkan selepas bersembahyang tarawih tetapi jangan keterlaluan.


Penerangan Tentang Prinsip Asas Palang Merah oleh Adham Aiman bin Yusnizan


Ucapan Pn, Norhanim binti Ismail
  • Beliau memaklumkan tentang Program Malaysia Ngaji
  • Program tersebut akan dilaksanakan pada hari ini iaitu 19 Jun 2017 bermula jam 12.00 tgh - 1.00 tgh.
  • Guru yang berada di kelas pada masa tersebut perlu menjalan program tersebut.



Ucapan En. Mohd Azmin Atan (PK Pentadbiran)
  • Beliau mengingatkan murid-murid  tentang Hari Bicara Akademik yang akan diadakan pada hari Rabu 21 Jun 2017 bermula jam 12.00 tgh - 1.30 tgh.
  • Beliau berharap murid-murid dapat memaklumkan perkara tersebut kepada ibu bapa masing-masing.
  • En. Mohd Azmin memperkenal dua orang guru praktikal iaitu Fatin Amirah dan Nur Hafizah dan seorang guru ganti.






Selepas  tamat Perhimpunan Pagi, murid-murid masuk ke kelas masing-masing untuk Program Mentor Mantee.



No comments: