Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah kerana Majlis Penyampaian Sumbangan Yatim Miskin Sesi 2017 dapat dilaksanakan dengan jayanya. Majlis ini adalah di bawah kelolaan Unit Kebajikan HEM dan Panitia Pendidikan Islam. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tesco Putrajaya atas sumbangan dan tajaan iftar pada kali ini. Tidak lupa juga kepada hamba-hamba Allah yang budiman yang sudi memberikan sumbangan kepada murid yatim dan miskin di sekolah ini. Semoga amalan kita diterima olehNya bersempena bulan Ramadhan yang penuh berkat ini.
Pada jam 6.00 petang, sesi pendaftaran diadakan di kantin sekolah. Selesai sesi pendaftaran semua yang hadir dijemput masuk ke Dewan SKPM. Majlis dipengerusikan oleh Cikgu Yusnizan bin Ahmad Marzuki. Seterusnya pengerusi majlis menjemput Puan Siti Habsah binti Ahmad, Guru Besar SKPM untuk memberikan sepatah dua kata. Acara kemudiannya diteruskan dengan ucapan YDP PIBG Datuk Hasnan bin Abdullah. Sebelum penyerahan sumbangan dilakukan, pihak sekolah berbesar hati menjemput wakil Tesco Putrajaya untuk berucap selaku penaja sumbangan dan iftar pada hari ini.
|
Sesi pendaftaran |
|
Pengerusi majlis mengalukan kedatangan
hadirin yang hadir |
|
Puan Siti Habsah binti Ahmad,
Guru Besar SKPM memberikan ucapan. |
|
Ucapan oleh YDP PIBG,
Datuk Hasnan bin Abdullah |
|
Ucapan daripada wakil Tesco Putrajaya |
|
Antara yang hadir pada hari ini. |
Majlis diteruskan dengan pemberian sumbangan kepada murid-murid yatim dan miskin.
|
Penyerahan sumbangan kepada murid |
|
Penyerahan hadiah |
|
Gambar kenangan bersama |
Majlis berakhir pada jam 7.15 malam. Semua yang hadir dijemput ke kantin dan dataran berbumbung bagi menikmati juadah berbuka puasa.
|
Beratur mengambil juadah berbuka |
|
Beratur mengambil juadah berbuka |
|
Menikmati hidangan berbuka puasa |
|
Menikmati hidangan berbuka puasa |
Diharap majlis yang diadakan ini, dapat meringankan beban keluarga murid-murid tersebut sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tiba. Semoga majlis ini mendapat keberkatan daripada Ilahi. Aamiin.
No comments:
Post a Comment