Monday, May 14, 2018

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 19 SESI PETANG

Tarikh  : 14 Mei 2018 (Isnin)
Masa    : 3.40 - 4.10 petang
Tempat : Dataran Ilmu


GURU BERTUGAS:

  1. Pn. Yusnur Aida Binti Yusof
  2. Pn. Y.Nuryati Binti Abu Bakar
  3. Pn. Nordiana Binti Amiruddin
  4. Cik Najwa Binti Abd Wahab

AKTIVITI:
  • Pengerusi Majlis : Pn. Y.Nuryati Binti Abu Bakar
  • Nyanyian 3 Buah Lagu (Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah) dipimpin oleh Pn. Saliza Binti Ahmad Salleh.
  • Bacaan Doa : Muhammad Afif Haikal
  • Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya : Pn. Y.Nuryati Binti Abu Bakar
  • Ikrar Murid : Amalin





LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS:
  • Disampaikan oleh Pn. Noor Rashedah Binti Mustaffa
  • Sepanjang minggu lepas, tiada kecederaan dan disiplin murid terkawal.
  • Selama 4 hari bercuti sepanjang miggu lepas kerana memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke 14.

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU INI:
  • Disampaikan oleh Pn. Y.Nuryati Binti Abu Bakar.
  • Tema mengenai sambutan hari istimewa sepanjang bulan Mei.
  • Sepanjang bulan Mei, terdapat pelbagai sambutan yang istimewa antaranya Hari Guru, Hari Ibu, Awal Ramadan dan sebagainya.
  • Murid-murid juga boleh menghargai pengorbanan guru dengan ucapan terima kasih cikgu atau memberi hadiah sebagai penghargaan kerana telah mencurahkan ilmu.
  • Murid-murid juga diingatkan sekiranya ingin memberi hadiah kepada guru bolehlah berbuat demikian pada Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah yang akan diadakan pada 16 Mei 2018 (Rabu) iaitu satu sesi persekolahan sahaja.
  • Pn. Y.Nuryati juga memperkenalkan barisan guru bertugas sepanjang minggu ini.

UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG:
  • Disampaikan oleh Pn. Nor Saadah Binti Abd Halim.
  • Murid-murid diingatkan jaga kesihatan diri memandangkan bulan puasa tidak lama lagi.
  • Pn. Nor Saadah juga bertanyakan azam murid-murid sempena bulan ramadan pada kali ini.
  • Sepanjang bulan puasa, kantin akan ditutup sepenuhnya.
  • Murid bukan beragama islam, bolehlah membawa bekal masing-masing.

PENGUMUMAN GURU: 
  • Disampaikan oleh Pn. Norazmah Binti Che Omar.
  • Kelab guru dan staff serta Pusat Sumber Sekolah akan mengadakan jualan amal sempena menyambut hari guru.
  • Kaunter jualan akan dibuka pada waktu rehat bertempat di hadapan bilik Pemulihan dan Boss.
  • Murid-murid yang ingin membeli bolehlah membawa wang belanja lebih.



No comments: