Tuesday, May 1, 2018

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKPM KALI KE-52


29 April 2018 (Ahad) - Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti kali ke-52 cukup meriah dengan kehadiran ibu bapa dan masyarakat setempat. Sukan pada kali meperlihatkan semangat yang tinggi dalam kalangan ahli-ahli PIBG dan penduduk setempat yang sanggup hadir ke sekolah demi memastikan perjalanan sukan berjalan dengan lancar. Pihak sekolah juga menerima banyak sumbangan daripada individu-individu yang bermurah hati untuk melihat temasya pada kali disambut dengan meriah.

Perasmian temasya kali ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Datuk Hasnan bin Abdullah, YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti. Kejohanan pada kali juga turut dihadiri oleh En. Hairul bin Osman, Pengerusi JKKK(P) Kampung Pulau Meranti serta beberapa dif jemputan lain menggamatkan suasana dan menyuntik semangat para peserta yang bertanding.

Acara lintas hormat oleh pembawa bendera kejohanan  membuka tirai kejohanan sukan sekolah dan disusuli dengan perarakan empat rumah sukan iaitu Hijau, Biru, Merah dan Kuning. Sejurus tamatnya perarakan rumah-rumah sukan, acara sukaneka, acara lari 50 meter, 75 meter dan 100 meter diadakan.  Pelbagai aksi dan gelagat dapat disaksikan semasa acara tersebut berlangsung. Kejohanan pada kali ini turut dimeriahkan dengan acara komuniti. Antara acara yang dipertandingkan ialah lari berhalangan sambil memakai kain pelikat dan golek bola guna kayu hoki, tarik bola dengan gelung rotan berhalangan dan larian terus 200 meter dan 100 meter. Kesungguhan serta semangat yang ditunjukkan jelas menunjukkan hubungan pihak sekolah dan masyarakat setempat begitu akrab dan ini yang kita mahukan.

Selain itu, acara cabutan bertuah dan gerai-gerai jualan turut diadakan. Pelbagai hadiah menarik disediakan kepada pemenang yang bertuah. Sambutan daripada tetamu yang hadir amat menggalakkan sekali. Mereka teruja melihat hadiah yang bakal diterima.

Kejohanan sukan kali ke-52  ini memperlihatkan penguasaan dari awal oleh Rumah Biru dan penguasaan tersebut diteruskan pada hari pertandingan dan akhirnya Rumah Biru dinobatkan sebagai juara keseluruhan temasya sukan sekolah pada tahun ini. Manakala tempat kedua Rumah Merah, ketiga Rumah Hijau dan keempat  Rumah Kuning.

Majlis penutup Kejohanan  Sukan Tahunan SKPM Kali Ke-52 telah disempurnakan oleh YB Tuan Shahrum Bin Dato’ Hj Mohd Sharif.


Pada kejohanan ini juga, dua orang peserta dipilih oleh barisan panel juri untuk memenangi anugerah Olahragawan dan Olahragawati. Bagi kategori olahragawan dimenangi oleh Muhammad Alif Asyraf bin Mohd Nadzir (Biru) dan olahragawati dimenangi oleh Nuridzni Faqihah bt Izran Maswan (Kuning).



Persembahan Panama Dance oleh Galang Maya

Persembahan Taekwondo

Sukaneka Prasekolah
Sukaneka Tahun 1

Sukaneka Tahun 2

Sukaneka Tahun 3

Maskot Rumah Sukan

Perbarisan Rumah Sukan



Acara Komuniti

Penyampaian Hadiah

Juara Sukantara

Tarik Tali Akhir

Juara Tarik Tali

Juara Keseluruhan: Rumah Biru

Olahragawan


Olahragawati

No comments: