Wednesday, May 2, 2018

PROGRAM “MENGGILAP MINDA MENCETUS IDEA” SAINS UPSR 2018 - FASA 1 SK PULAU MERANTI

Tarikh: 14 April 2018
Tempat: Dewan SK Pulau Meranti


Objektif Program:

  1. Membina keyakinan dalam menghadapi format baru Sains UPSR.
  2. Meningkatkan kemahiran menjawab soalan Sains.
  3. Penerapan dan pengukuhan istilah-istilah Sains.
  4. Membangkitkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Sains.
  5. Meningkatkan prestasi dan gred mata pelajaran Sains.
  6. Mengetahui teknik dan cara yang betul untuk menjawab soalan Sains UPSR.
Laporan Program:

Program yang telah diadakan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada guru-guru dan ibu bapa yang turut serta bagi menambahkan ilmu berkaitan mata pelajaran Sains UPSR. Penceramah jemputan, Encik Mohamad Shahhir Bin Shaharani merupakan seorang Guru Penolong Kanan Pentadbiran dari Sekolah Kebangsaan Frim, Kepong, Selangor telah berkongsi pelbagai tip berguna berkaitan penandaan dan penyemakan kertas Sains UPSR. 

Perkongsian ilmu ini diharapkan dapat memberi impak positif bagi meningkatkan lagi pencapaian mata pelajaran Sains sekaligus mengekalkan 100% lulus bagi mata pelajaran ini. Program berakhir sekitar jam 10.45 pagi.

"Science is our future"
"Jom belajar Sains"

Murid-murid yang terlibat.
Guru-guru dan ibu bapa yang hadir ketika program.


No comments: