Tarikh : 27 Mei 2015
Hari : Rabu
Masa : 7.30 pagi - 6.00 petang
Lokasi : Muzium TUDM Kuala Lumpur
Istana Negara Kuala Lumpur
Tugu Negara
Memorial Tun Abd Razak
Masjid Negara
Muzium Negara
Panitia Sejarah telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke tempat tempat bersejarah di Kuala Lumpur. Lawatan sambil belajar ini melibatkan 60 orang pelajar yang terdiri daripada 30 orang pelajar tahun 5 dan 30 orang pelajar dari tahun 4. Seramai 6 orang guru telah terlibat dalam menjayakan program lawatan ini iaitu ,Cikgu Yusnizan, Cikgu Daud, Cikgu Nordin , Ustazah Ainul, Ustazah Nor Diana dan Cikgu Salinda.
Lawatan sambil belajar ini bertujuan mendedahkan kepada pelajar pelajar tentang sejarah negara dan menanam sikap patriotisme dalam kalangan pelajar. Lokasi pertama yang dilawati ialah Muzium TUDM yang mana pelajar didedahkan tentang sejarah TUDM dan kelengkapan senjata yang dimiliki oleh negara serta pemimpin pemimpin tertinggi TUDM dari sebelum merdeka sehingga kini.
Lokasi kedua ialah Istana Negara. Pelajar dibawa melawat keseluruhan istana dan melihat sendiri kediaman rasmi Yang DiPertuan Agong.
Seterusnya ke Tugu Negara yang mana memberi pengetahuan kepada pelajar tentang pahlawan pahlawan yang berjuang demi kemerdekaan negara.
Lokasi seterusnya ialah ke Memorial Tun Abdul Razak dan pelajar melihat sendiri kediaman Perdana Menteri kedua tersebut dan mengetahui latar belakang, jasa dan pengorbanan beliau ketika menjadi Perdana Menteri ke dua.
Pelajar menunaikan solat zuhur di Masjid Negara yang merupakan lambang kebanggaan negara.
Lokasi terakhir pelajar melawat ke Muzium Negara dan menyiapkan tugasan yang diberikan kepada mereka. Setiap lokasi yang dilawati setiap pelajar diberi tugasan masing masing.
 |
Saat Saat Berlepas |
 |
Pemeriksaan Sedang dijalankan oleh JPJ SKPM |
 |
Lokasi Pertama - Muzium TUDM |
 |
Lokasi Kedua : Istana Negara |
 |
Bergambar di Rumah Tun Abdul Razak (PM ke 2) |
 |
Tugu Negara |
 |
Possing Guru Guru Pengiring- Kacak Bergaya |
 |
Muzium TUDM |
 |
Muzium Negara |
 |
Bergambar di Memorial Tun Abdul Razak |
 |
Menjamu selera di Cafe Muzium Negara
Disediakan Oleh :
Cikgu Yusnizan bin Ahmad Marzuki
Ketua Panitia Sejarah SKPM |