7 Mei 2015 (Khamis) -Unit Keselamatan SK Pulau Meranti telah mengadakan "Latihan Kawad Kebakaran 1". Objektifnya adalah;
- Memberi pendedahan kepada latihan kebakaran.
- Memupuk sikap sentiasa bersiap sedia dalam apa jua situasi.
- Meningkatkan pengetahuan tentang situasi kebakaran.
Kumpulan sasarannya adalah kepada semua murid, guru-guru dan kakitangan SK Pulau Meranti. Latihan ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua guru dan murid.
![]() |
En. Nordin memberi taklimat ringkas tentang latihan kebakaran yang dijalankan. |
![]() |
Pn. Nasibah sedang mengambil kehadiran murid di padang sekolah. |
![]() |
Murid-murid beratur mengikut kelas masing-masing bersama guru kelas. |
![]() |
Murid-murid berkumpul di padang sekolah. |
![]() |
Murid-murid beratur sambil berjalan ke padang sekolah bersama guru mata pelajaran. |
Laporan disediakan;
Pn. Yusnur Aida Binti Yusof
Setiausaha Unit Keselamatan
No comments:
Post a Comment