Monday, March 18, 2024

Laporan Perhimpunan Rasmi Guru Bertugas Sesi Pagi Minggu Kedua 2024/2025

 Tarikh : 18 Mac 2024

Minggu  : Ke 2

Kumpulan : Kumpulan 2 Sesi Pagi


GURU BERTUGAS

1. En. Nordin

2. Pn. Idayu

3. Pn, Diana

4. Pn, Sugunah


AKTIVITI

1. Pengerusi Majlis : Puteri Ayra Sofea 6 Saga

2. Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah di kendalikan oleh Fifie Melydia 6 Saga & Nur Dina Shafiyyah 6 Saga

3. Bacaan Doa : Adeeb Mirza 6 Saga

4. Ikrar Rukun Negara : Puteri Ayra Sofea 5 Saga

5. Ikrar Murid : Farhana 4 Beta


Ucapan Guru Bertugas Minggu Lepas

Cikgu Amir menyampaikan laporan guru bertugas minggu lepas. Menurut Cikgu Amir murid menunjukkan minat hadir kesekolah disebabkan Program ABC dan diharapkan kehadiran meningkat.

Ucapan Guru Bertugas

Cikgu Nordin menyampaikan ucapan guru bertugas dengan tema : Keselamatan. Cikgu Nordin menasihatkan murid-murid sentiasa harus berhati-hati dimana jua berada.

Ucapan Pentadbir

GPK Hem En. Samsolri memberikan ucapan Pentadbir dengan Tema Keselamatan juga. En. Samsolri mengingatkan murid-murid jangan main dan lari-lari dalam kelas 

Guru bertugas mengalu-alukan kehadiran murid di pintu pagar






Program Anak Baik Lagi Cerdik & Program Maju Diri Hari Ke -5

 15 Mac 2024 Jumaat, merupakan hari terakhir perlaksnaan program ABC & PMD. Progrm dapat dijalankan seperti yang di rancang.

Aktivit " I cant live without..."


Aktiviti menghafal lagu Negaraku, negeri Selangor dan lagu Sekolah

Aktiviti " Goreng Pisang"



Saturday, March 16, 2024

MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADAN 2024/2025

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Jumaat ( 15 Mac 2024 ) - Ramadhan Kariim...merupakan ucapan yang diucapkan oleh orang Arab apabila tibanya bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang mulia lagi diberkati oleh Allah SWT.  Jadi, masih belum terlambat untuk kami, semua guru Pendidikan Islam & Bahasa Arab mengucapkan 'Ramadhan Kariim' dan 'Selamat  Berpuasa' kepada seluruh warga SKPM. Mudah-mudahan ibadah puasa kita kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. In sya Allah. 

Pada hari ini telah dijalankan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadan anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab bagi sesi 2024/2025. Majlis dimulai dengan ucapan ringkas oleh Ustazah Norhalida selaku pengacara majlis. Selepas itu dijalankan Bacaan Yaasin yang telah dipimpin oleh Ustaz Tuan Asri bin Tuan Deraman.Kemudian diteruskan dengan ucapan Ketua Panitia Pendidikan Islam,Ustazah Mahfuzah. Beliau telah menerangkan tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan Ramadhan. Antaranya:

1) Tadarrus Al-Quran ( Guru / Staf / Murid Tahap 2)
2) Pertandingan Hafazan Surah Al-Kahfi ayat 1-10
3) Edaran risalah Ramadan - papan kenyataan / edaran kelas / kumpulan whatsApp
4) Ceramah Ramadhan & kuiz ( Tahap 1 & 2 )
5) Pertandingan Lafaz Niat Puasa Ramadan ( Tahun 2 & 3 )
6) Memperdengarkan bacaan Al-Quran / ZIkir / Nasjid ( setiap pagi & petang )
7) Majlis Khatam Al-Quran
8) Pertandingan Mewarna ( Tahap 1 )

Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar SKPM, Puan Hajah Norlita Bt Ramli. Beliau meminta agar semua murid tidak melepaskan peluang untuk mengambil bahagian di dalam semua aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan Ramadan dan beliau terus merasmikan Majlis pelancaran Ihya Ramadan serta Tabung Kasih Ramadan " Sebutir Benih Di Akhirat ". Selepas itu, majlis diteruskan dengan persembahan Syair Ramadan oleh Nur Adelia Batrisyia dari kelas 5 Topaz.

Majlis diteruskan lagi dengan ceramah sempena bulan Ramadan yang telah disampaikan oleh Ustaz Helmi Bin Jubri.Sebelum bersurai, soalan kuiz telah diajukan kepada murid-murid. Majlis berakhir pada jam 8.25 pagi. 


LENSA KAMERA

SESI PAGI

                                          Ucapan  Pengerusi Majlis                                                            

                                                 Bacaan Yaasin yang dipimpin oleh Ustaz Tuan Asri

                                                                     Ucapan Ketua Panitia

Ucapan oleh Guru Besar

                      
 Perasmian oleh Guru Besar

  Persembahan Syair Ramadan

  Ceramah Ramadan yang disampaikan oleh Ustaz Helmi

Murid menjawab soalan kuiz ramadan

                                              Murid mendapat hadiah setelah menjawab soalan kuiz


SESI PETANG

                                                                       Ucapan Pengerusi Majlis

                                                                    Ucapan Guru Besar

                                                                     Perasmian oleh Guru Besar

Ceramah oleh Ustaz Sofian

Murid mengangkat tangan untuk menjawab soalan kuiz

MUrid mendapat hadiah selepas menjawab soalan kuiz
















Friday, March 15, 2024

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI GURU BERTUGAS SESI PETANG MINGGU PERTAMA 2024/2025 SERTA LAPORAN PELANCARAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SKPM 2024/2025

TARIKH         : 11 MAC - 15 MAC 2024

MINGGU       : 1

KUMPULAN : KUMPULAN 1 SESI PETANG

TEMA           : SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH


GURU BERRTUGAS:

  1. EN. NORAMALUDDIN BIN MD YUSOFF (KETUA)
  2. CIK AMIRATUL ARIFAH BINTI ABDUL FATAH
  3. PN. NORIZAN BINTI AYUB
  4. PN. NUR SYAZWANI BINTI SANUSI
  5. PN. Y. NURYATI BINTI ABU BAKAR




TUGASAN SEPANJANG MINGGU INI:
  1. Memantau pergerakan murid-murid di pintu masuk pagar sekolah bermula pada jam 12.30 tengahari.
  2. Memantau dan mengawal pergerakan murid ketika rehat di dataran berbumbung dan kantin.
  3. Mengingatkan murid supaya minum air masak secukupnya setiap masa bagi menggelakkan berlakunya dehidrasi terutamanya musim panas ini.
  4. Murid-murid dibenarkan memakai pakaian baju tshirt, seluar track dan berkasut sekolah sepanjang musim panas ini selaras dengan surat siaran KPM.
  5. Mengawal perjalanan murid sewaktu pulang dari sekolah dengan diiringi oleh guru mata pelajaran terakhir.
  6. Memastikan murid-murid mengikut peraturan sekolah yang ditetapkan.
  7. Memastikan semua murid pulang dan diambil penjaga pada waktu yang ditetapkan sebelum jam 6.20 petang bagi hari Isnin, Selasa dan rabu manakala jam 5.50 petang bagi hari Khamis dan Jumaat.
  8. Waktu persekolahan pada Bulan Ramadhan pula bermula pukul 1.00 ptg dan berakhir pada 5.30 ptg.

PERHIMPUNAN RASMI DAN PELANCARAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SKPM 2024/2025


ATURCARA MAJLIS

  • Pengacara Majlis : Encik Noramaluddin bin Md Yusoff
  • Perasmi: Pn. Hajah Norlita binti Ramli
  • VIP: En. Hazwan Azlee ( YDP PIBG), GPK Pentadbiran, GPK Kokurikulum, GPK Petang serta AJK PIBG
  • Bacaan Doa : Muhammad Hakim
  • Ikrar Rukun Negara : Ainul Mardhiyyah
  • Ikrar Murid : Syauqina
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
  • Maskot Garfield : En. Farhan
  • Pembahagian token Minggu Pertama Program Transisi Tahun 1

Barisan Pentadbir SKPM

Murid menyanyikan 3 buah Lagu Rasmi

Barisan Guru SKPM

Muhammad Hakim membacakan doa

Maskot Garfield sebagai penyambut murid Tahun 1

Ainul Mardhiyyah mengetuai Ikrar Rukun Negara

Murid membaca ikrar

Syauqina mengetuai bacaan ikrar murid



Pn. Hajah Norlita merasmikan Program Transisi Tahun Satu 2024/2025



Pemakaian Button Badge simbolik Program Transisi Tahun 1 2024/2025

Sesi bergambar bersama Guru-Guru Sesi Petang SKPM


Set alat tulis sebagai token Minggu Pertama Program Transisi Tahun Satu.


LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU INI
  • Disampaikan oleh Encik Noramaluddin bin Md Yusoff.
  • Tema pada minggu ini ialah "Selamat Kembali Ke Sekolah"
  • Beliau mengalu-alukan kedatangan murid ke sekolah terutamanya Tahun 1.
  • Beliau memperkenalkan barisan guru yang bertugas sepanjang minggu ke 39.
  • Sebarang masalah bolehlah merujuk kepada barisan guru yang bertugas.


LENSA KAMERA