Friday, April 5, 2024

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2024

    MAJLIS KHATAM AL - QURAN 2024

Bismillahirrahmaanirrahim......

Ramadhan adalah bulan mulia yang sangat dinanti-nantikan oleh semua umat Islam. Bagi menambahkan lagi keberkatan dan kemeriahan bulan Ramadhan al-Mubarak tahun ini, Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab telah menganjurkan program tadarus Al-Quran untuk guru, staff serta murid-murid. Pada hari ini, telah diadakan majlis Khatam Al-Quran bagi meraikan murid-murid menamatkan program tadarus yang telah diadakan sepanjang bulan ramadan di sekolah. Majlis ini adalah majlis tahunan dan matlamatnya adalah untuk:

  • Melahirkan murid yang celik Al-Quran..
  • Menghargai dan mengiktiraf serta memberi pendedahan tentang tadarus dan khatam Al-Quran kepada murid. 
  • Merancang aktiviti kerohanian kepada warga SKPM.
  • Menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dan amalan seharian. 
         Acara dimulakan dengan bacaan Doa oleh Adik Mifzal Daiyan di Dataran Berbumbung pada jam 7.30 pagi. Selepas itu, majlis diteruskan dengam bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibaca oleh adik Muhammad Fakhrul Rasyad. Seramai 31 orang murid Tahun 4,5 dan 6 yang telah dipilih untuk menyertai majlis khatam pada kali ini. Naqib Khatam yang diamanahkan untuk membimbing para peserta ialah Ustaz Mohammad Helmi b Jumri. Setelah selesai bacaan khatam Al-Quran, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada semua peserta khatam oleh Guru Besar,   Pn Hajah Norlita binti Ramli. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada semua pentadbir SKPM dan diikuti dengan penyampaian hadiah kepada pemenang  sempena pertandingan hafazan surah Al-Kahfi telah diadakan sepanjang bulan Ramadhan yang lalu. Majlis bersurai pada jam 9.00 pagi. Semua warga Sekian.


LENSA KAMERA

Peserta khatam Quran seramai 31 orang.



Bacaan doa oleh adik Mifzal Daiyan

Bacaan ayat suci Al-Quran oleh adik Muhammad Fakhrul Rasyad


Para peserta mempersembahkan bacaan Al-Quran yang dipimpin oleh Ustaz Helmi bin Jumri


Persembahan nasjid oleh murid Tahap 2


Ucapan oleh guru besar Pn hjh Norlita binti Ramli


Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada peserta khatam.


Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada Naqib Khatam.


Semua peserta khatam bergambar bersama semua guru.


Persembahan pemenang pertandingan hafazan surah Al - Kahfi

 
Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan hafazan surah Al-Kahfi












No comments: