Kursus Keterampilan Kepimpinan Sekolah Sesi 2024 telah diadakan pada 27 April 2024 bersamaan hari Sabtu. Kursus bermula pada jam 8.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti. Kursus ini melibatkan semua murid yang menjawat jawatan tertinggi di Unit Hal Ehwal Murid dan Ko-Kurikulum bagi sesi persekolahan 2024.
Kursus Keterampilan Kepimpinan Sekolah ini dilaksanakan untuk melahirkan
pemimpin yang mempunyai karisma kepimpinan serta mencerminkan personaliti dan
ketokohan kepimpinan murid-murid SK Pulau Meranti. Antara objektif kursus
ialah;
·
Mengenalpasti
nilai-nilai serta ciri-ciri seorang pemimpin yang baik.
·
Membentuk sahsiah dan
keterampilan seorang pemimpin.
·
Memurnikan tugas harian.
·
Menjelaskan peranan dan
tanggungjawab sebagai pemimpin murid di sekolah.
Syabas dan tahniah kepada semua murid yang terlibat dalam menghadiri kursus
ini. Semoga ilmu yang dicurahkan dapat diaplikasikan dalam tugas harian di
sekolah dengan jayanya. Tidak lupa juga ucapan tahniah dan terima kasih kepada
semua AJK Pelaksana yang telah meluangkan masa untuk menjayakan kursus ini.
LENSA KAMERA
Pn. Idayu sedang mencatat kehadiran murid. |
Murid menulis nama pada belon masing-masing. |
Pn. Sugunah menerangkan tentang taklimat kepimpinan. |
Bacan Doa oleh Ustaz Helmi |
Semua murid melambung belon masing-masing ke udara. |
Pengawas PSS sedang menyusun buku cerita ke dalam kotak yang disediakan. |
Pn. Shurainee dan Ustaz Helmi menerangkan taklimat yang berkaitan dengan Unit Hal Ehwal Murid |
Murid mendengar taklimat pengawas di Bilik Mesyuarat |
Pn. Rosidah dan Pn. Sharifah menerangkan tentang tugas pengawas sekolah kepada murid-murid. |
Murid-murid sedang menulis laporan Unit Ko-kurikulum mengikut Unit masing-masing. |
Pn. Diana dan Pn. Haniza menerangkan cara mengisi borang laporan mingguan Ko-Kurikulum. |
Pengawas SPBT sedang mengecop buku teks. |
Bacan ikrar oleh Pengawas PSS. |
Murid membuat pendaftaran kehadiran. |
Pn. Idayu mengagihkan cenderahati kepada semua murid yang terlibat dengan program hari ini. |
Murid gembira mendapat cenderahati. |
No comments:
Post a Comment