Monday, April 29, 2024

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MURID SESI PETANG 2024/2025

 MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MURID 

SESI PETANG 2024/2025


· TEMPAT : DATARAN BERBUMBUNG, SK PULAU MERANTI

· TARIKH : 29 APRIL 2024

· BILANGAN MURID : 71 ORANG :- 

 - SEMUA 25 ORANG PENGAWAS MUDA TAHUN DUA DAN TAHUN TIGA, 

 - SEMUA 10 ORANG PENGAWAS PUSAT SUMBER TAHUN TIGA,

  - SEMUA 12 ORANG KETUA KELAS, 12 ORANG PENOLONG KELAS DAN 12 ORANG KETUA KEBERSIHAN KELAS TAHUN SATU, TAHUN DUA DAN TAHUN TIGA SESI PETANG 2024/2025.      

· GURU TERLIBAT : BARISAN PENTADBIR DAN GURU SESI PETANG 

· ATURCARA MAJLIS : 

12.45 tengahari

² Murid-Murid Berkumpul Di Dataran

 

1.20 tengahari

²Nyanyian Lagu Rasmi

 

²Ucapan Guru Besar :

¨Hajah Norlita binti Ramli

 

²Simbolik Perasmian 

²Penyerahan Watikah Pelantikan :

  • Pemimpin Kelas Tahun 1 
  • Pemimpin Kelas Tahun 2
  • Pemimpin Kelas Tahun 3
  •  Pengawas Pusat Sumber Sekolah Tahun 3
  • Pengawas Muda Tahun 2 
  • Pengawas Muda Tahun 3

²Pengumuman Ketua dan Penolong Pengawas Pusat Sumber Sesi Petang 2024

²Pengumuman Ketua dan Penolong Pengawas Muda Sekolah 2024 


²Ikrar Pemimpin Murid 

²Sesi Bergambar 

²Bersurai



 SEKILAS DARI LENSA : 


 
Gambar 1 : 
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu bagi perhimpunan rasmi. 
Perhimpunan Rasmi Bahasa Inggeris ini dikendalikan oleh guru bertugas mingguan,
Puan Nurhafizah binti Udin. 



 
Gambar 2:
Tanpa melengahkan masa, Puan Nurhafizah menyerahkan majlis 
kepada Puan Haniza, selaku pengacara Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan 
Pemimpin Murid bagi sesi petang 2024/2025.

Majlis dimulakan dengan menjemput Guru Besar SK Pulau Meranti, 
Puan Hajah Norlita binti Ramli untuk menyampaikan ucapan perasmian.



Gambar 3 :
Memaparkan guru dan murid mendengar ucapan guru besar dengan penuh tekun.
Antara intipati ucapan beliau adalah berupa sedikit nasihat dan pesanan kepada 
pemimpin muda yang bakal diberi pengiktirafan. 

Selain itu, beliau juga menasihatkan anak didik yang lain agar mematuhi disiplin
dan memberi kerjasama kepada pemimpin-pemimpin muda berkenaan.

Beliau turut tidak melepaskan kesempatan untuk menzahirkan 
ucapan tahniah kepada murid-murid yang dipilih dan dilantik.



Gambar 4 : 
Ustaz Farhan, selaku ahli jawatankuasa perasmian 
Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pemimpin Murid bagi sesi petang
merangkap Naib Setiausaha Hal Ehwal Murid (HEM) sesi 2024/2025,
mengiringi dan memberikan penerangan pelaksanaan
simbolik perasmian digital kepada guru besar bagi merasmikan majlis.

Guru besar meletakkan tangan pada tab dan 
kemudiannya mengimbas tangan beliau.


Gambar 5 : 
Semua guru dan murid menyaksikan paparan skrin 
setelah imbasan tangan guru besar dibuat.



Gambar 6 :
Barisan pentadbir seterusnya dijemput menarik gegantung ('bunting') 
diiringi muzik latar 
bagi menyempurnakan perasmian majlis.



Gambar 7 :
Acara perasmian berakhir dengan penarikan gegantung ('bunting') majlis.



 
Gambar 8


   
Gambar 9


Gambar 8 dan Gambar 9 : 
Penyerahan Watikah Pelantikan 
Ketua Kelas, Penolong Kelas dan Ketua Kebersihan Kelas Tahun 1
oleh GPK Kokurikulum, 
Puan Raihan.



Gambar 10


Gambar 11


Gambar 10 dan 11 :
Penyerahan Watikah Pelantikan
kepada 
Ketua Kelas, Penolong Kelas dan Ketua Kebersihan Kelas 
Tahun 2.



Gambar 12


Gambar 13


Gambar 12 dan Gambar 13 :
Penyerahan Watikah Pelantikan 
kepada 
Ketua Kelas, Penolong Kelas dan Ketua Kebersihan
Tahun 3.




Gambar 14



Gambar 15


Gambar 14 dan 15 :
Penyerahan Watikah Pelantikan
kepada
Pengawas Pusat Sumber 
Tahun 3 
oleh GPK Petang,
Puan Parimala.




Gambar 16



Gambar 17



Gambar 18


Gambar 16, 17 dan 18 :
Penyerahan Watikah Pelantikan 
kepada 
Pengawas Muda 
Tahun 2
oleh guru besar, 
Puan Hajah Norlita binti Ramli.




Gambar 19



Gambar 20



Gambar 21


Gambar 19, 20 dan 21 :
Penyerahan Watikah Pelantikan 
kepada 
Pengawas Muda 
Tahun 3.




Gambar 22 :

Pihak majlis memberikan penghormatan kepada guru besar 
untuk menyarungkan blazer 

kepada Ketua Pengawas Pusat Sumber Sesi Petang 2024/2025,

'DAISY SUFIYYA QAMARA BINTI FARIZ HAFIZAN'
(3 SERINDIT)

setelah pengumuman rasmi dibuat.





Gambar 23 :

Pihak majlis kemudiaannya turut memberikan penghormatan kepada guru besar 
untuk menyarungkan vest Ketua Pengawas

kepada Ketua Pengawas Muda Sesi Petang 2024/2025,

'SYAUQINA NUR HANNANI BINTI SHAIFUL RIZAL'
(3 HELANG)

setelah pengumuman rasmi dibuat.






Gambar 24 :

Setelah selesai acara kemuncak 
Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pemimpin Muda
 Sesi Petang 2024/2025 
iaitu pengumuman 
Ketua Pengawas Muda dan Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah
Sesi Petang,
sesi bacaan ikrar dimulakan
oleh pemimpin muda 
yang telah diberikan pengiktirafan secara rasmi 
sebentar tadi.

Semua Ketua Kelas, Penolong Kelas dan Ketua Kebersihan Kelas 
Tahun Satu, Tahun Dua dan Tahun Tiga
beratur di bahagian belakang dataran.

Mereka melalui laluan tengah setelah menerima sijil 
dan keluar membentuk barisan pemimpin kelas lelaki 
di sebelah kanan belakang dataran.
Manakala, barisan pemimpin kelas perempuan 
di sebelah kiri belakang dataran,
sebagaimana raptai yang telah dijalankan 
pada hari Jumaat, 26 April 2024.




Gambar 25 : 

Bacaan ikrar dipimpin oleh Ketua Pengawas Muda 
Sesi Petang 2024/2025, 
Syauqina Nur Hannani.

Di belakangnya, 
merupakan barisan Pengawas Muda 
dan 
Pengawas Pusat Sumber Sekolah
Sesi Petang 2024/2025
Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti.




Gambar 26 :

Majlis diakhiri 
dengan acara bergambar kenangan
 sebelum bersurai.

Gambar 26 merakamkan barisan pemimpin kelas lelaki 
bagi sesi petang 2024/2025.




Gambar 27 :
Barisan pemimpin kelas perempuan
bagi sesi petang 2024/2025.



Gambar 28 :
Barisan Pengawas Pusat Sumber Sekolah
bagi sesi petang 2024/2025.




Gambar 29 : 
Barisan Pengawas Muda Sekolah
bagi sesi petang 2024/2025.


Tuntasnya, besar harapan kami agar dengan majlis yang telah dilaksanakan, dapat memberi semangat dan pengiktirafan yang sewajarnya kepada pemimpin muda sesi petang 2024/2025 yang telah dilantik. Sekaligus, dapat melancarkan proses pengendalian program-program dan rutin harian sekolah yang sedikit sebanyak melibatkan bantuan barisan pemimpin muda yang dilantik.

Selain itu, pihak jawatankuasa juga berharap agar murid-murid yang dilantik sedar akan amanah yang telah diberi dan dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.

 Segala sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak khasnya barisan pentadbir, guru-guru dan staff sokongan bagi menjayakan majlis ini didahulukan dengan sekalung untaian terima kasih.

 Pihak pengurusan majlis juga ingin menyusun sepuluh jari bagi memohon maaf di atas sebarang kekurangan majlis dan in shaa Allah akan cuba ditingkatkan pada masa akan datang.

Sekian.


 

No comments: