Monday, April 15, 2024

LAPORAN BERTUGAS MINGGU KE-6 SESI PETANG 2024/2025

 TARIKH         : 15 – 19 APRIL 2024

MINGGU       : KE-6

KUMPULAN : KUMPULAN 5 SESI PETANG

 

GURU BERTUGAS:

1. EN. MUHAMMAD ALIFF SHAH BIN IDRIS (KETUA)

2. PN. AZILAH BINTI MARUDIN

3. PN. NORSALIZA BINTI ABD GHANI

4. PN. SHARIFAH NURUL HAFIZAH BINTI SYED OMAR

5. PN. YUSNUR AIDA BINTI YUSOF


Perhimpunan rasmi pada hari Isnin, 15 April ditangguhkan berikutan hari hujan. Guru kelas berada di dalam kelas bersama murid-murid. Murid-murid membersihkan kelas sebelum pulang.


TUGASAN SEPANJANG MINGGU INI:

1. Memantau pergerakan murid-murid di pintu masuk pagar sekolah bermula pada jam 12.30 tengahari.

2. Memantau dan mengawal pergerakan murid ketika rehat di dataran berbumbung dan kantin.

3. Mengingatkan murid supaya minum air masak secukupnya setiap masa bagi menggelakkan berlakunya dehidrasi terutamanya musim panas ini.

4. Murid-murid dibenarkan memakai pakaian baju tshirt, seluar track dan berkasut sekolah sepanjang musim panas ini selaras dengan surat siaran KPM. Murid-murid digalakkan memakai uniform sekolah pada hari Isnin. 

5. Mengawal perjalanan murid sewaktu pulang dari sekolah dengan diiringi oleh guru mata pelajaran terakhir.

6. Sentiasa mengingatkan murid-murid mengikut peraturan sekolah yang ditetapkan.

7. Memastikan semua murid pulang dan diambil penjaga pada waktu yang ditetapkan.


LENSA KAMERA

Melangkah tangga dengan semangat

Lambaian sebelum masuk sekolah


Menunggu sebelum pertukaran sesi



Waktu rehat yang dinanti




No comments: