Monday, August 18, 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 31

Tarikh  :  18 Ogos 2014
Masa   :  7.45 hingga 8.30 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SK Pulau Meranti

Guru bertugas minggu ke - 31:

1. En Gopi a/l Ranggaya
2. Pn Siti Syamsiddar binti Bagimin
3. Pn Siti Fadhilah binti Zahari
4. Pn Umi Sarah binti Mohd Nor

Laporan :

1) Nyanyian, bacaan doa dan ikrar

  • Pengacara Majlis ialah Norliyana.
  • Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu rasmi sekolah.
  • Bacaan doa oleh Mohd Alif Zaqwan.
  • Bacaan Ikrar,  Rukun Negara & Ikrar murid oleh Syafiqah.
  • Bacaan Ikrar keselamatan jalan raya oleh Mohd Aidil.


2) Laporan guru bertugas minggu lepas (En Yusnizan bin Marzuki)

  • Murid-murid dilarang untuk bermain kejar-mengejar selepas tamat sesi persekolahan.
  • Murid-murid juga dilarang untuk membuang sisa makanan dan bekas makanan ke merata-rata tempat.
  • Murid-murid juga disarankan supaya menjaga kebersihan diri terutamanya untuk menggunakan tandas.


3) Laporan Tugasan Mingguan
Majlis perhimpunan kali ini dipengerusikan  oleh wakil Persatuan Beruniform sekolah iaitu Persatuan Bulan Sabit Merah dan dibimbing oleh guru yang bertugas. Ucapan untuk minggu ini dibacakan oleh Mashitah binti Mohd Sedik.

Tema minggu ini ialah menghormati guru, guru merupakan insan yang perlu dihormati dan disanjungi kerana pengorbanan dan jasanya yang sangat besar terhadap murid-murid.  Guru juga menjadi agen perubahan tahap pendidikan dan akhlak murid-murid terutamanya diperingkat sekolah rendah. Justeru itu murid-murid wajib menghormati guru dengan memberi salam apabila berjumpa, mengamalkan ilmu yang dipelajari dan menziarahi guru walaupun mereka tidak lagi berkhidmat sebagai seorang guru.

4) Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah
Di pengerusikan oleh En Yusnizan bin Marzuki.
Di rasmikan oleh En Azmin bin Mohd Atan.
Majlis ini dimulakan dengan persembahan oleh murid-murid yang mengambil bahagian menerusi acara sajak dalam pelbagai bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Tamil dan Bahasa Cina.
Majlis diteruskan dengan persembahan 'Choral Speaking' yang bertemakan Hari kemerdekaan dan diakhiri dengan nyanyian lagu Jalur Gemilang.

Perhimpunan ini berakhir pada jam 8.30 pagi

Sungguh bersemangat guru-guru SK Pulau Meranti

Disediakan oleh :
Guru-guru bertugas mingguan.
Minggu ke 31

No comments: