Tarikh : 4 Ogos 2014
Masa : 7.45-8.15 pagi
Tempat : Tapak perhimpunan
Guru bertugas:
1. Pn. Ainul Fathiah Bt Muhd Fauzi
2. Pn. Sugunah a/p Ramamoorthy
3. Pn. Salinda Bt Kadri
4. Pn. Norsaliza Bt Abd Ghani
Laporan:

- Pengacara Majlis ialah Alif Rahimi
- Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekolah
- Bacaan doa
- Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar murid
- Bacaan ikrar keselamatan jalanraya
2. Laporan Bertugas Guru Minggu Lepas
- Pn. Hayati mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada murid-murid setelah seminggu bercuti berhari raya
- Beliau mengingatkan murid-murid tahun 6 agar lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan UPSR pada bulan September yang akan datang

3. Laporan Guru Bertugas Mingguan
- Pn. Salinda memaklumkan nama-nama guru yang bertugas pada minggu ini
- Tema pada minggu ini ialah hidup harmoni
- Hidup harmoni ialah hidup dalam keadaan bahagia ,aman dan damai
- Antara cara untuk mengekalkan keharmonian ialah mengamalkan nilai-nilai murni
- Seterusnya diteruskan dengan pengumuman kelas terbersih bagi tahap 1 dan tahap 2.Tahap 1 dimenangi oleh kelas 3 Gemilang dan tahap 2 dimenangi oleh kelas 5 Gemilang.
- Beliau mengingatkan murid-murid supaya tidak membawa (mercun/bunga api) ke sekolah kerana ia amat bahaya dan bahan larangan
- Murid-murid juga dinasihati supaya datang awal ke sekolah dan tidak lewat
- Selain itu,murid-murid perlu menjaga kebersihan diri terutamanya murid lelaki haruslah berambut pendek
- Beliau mengingatkan murid-murid supaya menjaga kebersihan diri dari segi pemakaian dan kekemasan diri contoh kuku tidak dibenarkan simpan panjang
- Kebersihan kelas juga haruslah dijaga
- Pada bulan puasa yang lalu,terdapat kelas yang tidak menjaga kebersihan dengan membuang kertas terpakai ataupun kertas yang dikoyak daripada buku latihan di atas lantai hinggalah ke luar bilik darjah
- Kebersihan kantin juga haruslah dijaga dengan membuang bekas atau plastik makanan ke dalam tong sampah yang disediakan
- Tandas juga haruslah dititikberatkan soal kebersihannya.Lebih-lebih lagi,tandas murid lelaki yang keadaannya amat tidak memuaskan
- Akhir sekali,murid-murid diminta bersedia dan mula mengulangkaji pelajaran kerana ujian formatif 2 akan dijalankan pada minggu hadapan
Sekian.
Disediakan oleh;
Kumpulan Minggu 28
No comments:
Post a Comment